in

Tiga Duta Terbaru bluunis Kongsi Pengalaman

Pengalaman yang ‘bluutiful’
bluunis mendedahkan kecantikan di dalam diri wanita moden

Pada 21 Jun 2012 yang lalu, Budiey sempat hadir di Pelancaran Produk Bluunis terbaru di Lower Ground Floor Oval, 1 Utama Shopping Centre, jam 3 petang.

Oxynergy Paris Products

bluunis mempamerkan kebolehannya dalam menyerlahkan kecantikan di dalam diri wanita di satu majlis penuh eksklusif yang diadakan di 1 Utama. Majlis pada petang itu menyaksikan kumpulan jazz yang bermain secara ‘live’ dengan hadirin memakai pakaian rona biru ‘bluunis’.

Acara itu dihadiri oleh model selebriti Carla Soong serta tiga duta bluunis yang sudi berkongsi pengalaman ‘bluutiful’ mereka dengan tetamu yang hadir. bluunis bukan sahaja telah memperkenalkan perkhidmatan sulaman keningnya yang terkenal, “new brownaissance”, tetapi turut menyediakan pelbagai rawatan muka, anti-penuaan dan badan. bluunis merupakan suatu identiti yang mencerminkan semangat wanita yang moden.

Carla Soong, Alice Sim, Chong Sui Pei, Jessie Koo & Megan Tan

Carla Soong, Alice Sim, Chong Sui Pei, Jessie Koo & Megan Tan

Dihoskan oleh Megan Tan, beliau mengulaskan bahawa bluunis telah membolehkan pelanggannya meningkatkan keyakinan diri mereka secara konsisten dan mengukuhkan pandangan positif mereka terhadap kehidupan. Itulah yang sentiasa diusahakan oleh jenama tersebut dalam memberikan wanita peluang untuk kelihatan cantik dan muda remaja bermulai dari sulaman kening pertama oleh ahli sulaman, Impressionists yang profesional di bluunis.

Selepas itu, Carla Soong diiringi oleh Megan Tan, berkongsi rahsia muda remajanya dan kecantikkan dengan tetamu dan rakan media yang hadir. Sebagai seseorang yang menjiwai ungakapan, “beautiful is young”, Carla berkongsi pelbagai cara yang dipraktikkan oleh beliau untuk kelihatan cantik, bertenaga dan sihat selepas melahirkan anak.

“Kecantikan bukannya sesuatu yang kita perlukan persetujuan daripada orang lain,”, beliau berkata. “Tetapi sebaliknya, kita haruslah menghargai diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian keyakinan akan tampil dengan sendirinya memberikan diri anda suatu perasaan yang amat hebat. Bagaikan tiada apa yang boleh menghalang anda dalam menghadapai kehidupan seharian.”

Majlis itu turut menampilkan kisah-kisah kejayaan daripada pelanggan yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Duta-duta bluunis – Jessie Koo, Alice Sim dan Chong Sui Pei – kemudiannya tampil di atas pentas sebagai bukti bahawa bluunis mampu menyerlahkan kecantikan di dalam setiap wanita dari segenap lapisan masyarakat.

Dengan bantuan bluunis serta keyakinan yang dipupuk, mereka menyokong sepenuhnya jenama tersebut yang mempunyai perkhidmatan yang meluas seperti rawatan HLS, rawatan muka Histanage dan Oxyrapy. Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh bluunis ini telah pun dicuba oleh duta-duta bluunis dengan menggunakan ‘bluutiful PASSPORT’ mereka sendiri. Direka sebagai pas prioriti kecantikan, ketiga-tiga duta tersebut menikmati manfaat ‘bluutiful PASSPORT’ tersebut dalam bentuki ganjaran tanpa had, kejutan hari jadi, hadiah misteri dan pakej rawatan memanjakan.

Majlis pada petang tersebut diakhiri dengan peluang bergambar serta sesi cabutan bertuah yang menyaksikan beberapa tetamu yang hadir memenangi pakej kecantikan dan kesihatan dari bluunis.

Untuk maklumat lanjut, sila layari bluunis.com

Mengenai bluunis
Kisah bluunis dengan wanita Malaysia bermula pada tahun 1997. Pengasasnya, En. James Tan, memulakan panoramanya dengan kecantikan melalui bluunis dengan kepercayaan bahawa setiap wanita boleh menjadi cantik dan kelihatan muda. Pada masa kini, terdapat lebih daripada 150,000 wanita di seluruh negara yang berpuas hati dengan pengalaman mereka bersama bluunis dan telah berkongsi pengalaman mereka bersama bluunis. Sebagai ‘Ultimate Impressionist’ di dalam industri kecantikan, bluunis terus berusaha dalam memupuk perhubungan jangka-panjang dengan wanita melalui sanktuari kecantikan dengan kepakaran yang profesional. bluunis juga meletakkan kepentingan yang besar pada integriti dan amalan etika yang tinggi untuk mendedahkan kecantikan wanita dan keremajaan melalui produk-produknya yang berkualiti tinggi.
“kami menjadikan wanita bluutiful” oleh bluunis.

band performance

Celebrity Model Carla Soong

Celebrity Model Carla Soong

Carla Soong & bluunis Impressionists

Carla Soong & bluunis Impressionists

Megan Tan with models

Megan Tan with models

Megan Tan & Carla Soong

Megan Tan & Carla Soong

Carla Soong

Chit Chat Session_Megan Tan, Jessie Koo, Chong Sui Pei & Alice Sim

Renne (model), Jessie Koo, Chan Tai Seng, Chong Sui Pei, Alice Sim, Carla Soong, Eliana (model)

Jessie Koo, Alice Sim, Chong Sui Pei

bluunis Impressionist with  Oxynergy

drawing eyebrow session

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TM Lancar 4 Saluran Terbaru di Hypp TV

Samsung Unveils Series 9 Notebook