in , ,

Tiga Drama Bersiri Terbaik Sepanjang Ramadan Ini di RTM

Mengharapkan kisah yang dipertontonkan kepada khalayak akan dapat menjadi iktibar dan teladan yang baik untuk semua, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi tiga saluran, TV1, TV2 dan TV Okey menjanjikan tayangan drama rantaian terbaik setiap hari sepanjang Ramadan ini. Namun menariknya anda boleh mengikuti ketiga-tiga drama bersiri ini kerana waktu tayangannnya berbeza setiap hari.

Kekuatan drama yang setiap satunya disiarkan 30 episod ini kerana plot hubungan kekeluargaan yang diketengahkan selain membariskan pelakon utama yang sememangnya sudah memiliki pengikutnya sendiri. Drama adaptasi novel ‘Korban Kasih’ menemui penonton TV1 menampilkan pelakon Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya, terbitan Mache All Star United ini disiarkan mulai 24 April, setiap hari, 7.00 malam.

pelakon Korban Kasih di TV1

Sebuah drama air mata, pengorbanan, cinta dan kekeluargaan, adaptasi daripada novel Korban Kasih 1 dan 2 karya Fatimah Saidin terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini menyorot kisah yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya.

Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya.

Pada masa sama dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya yang belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa.

Di Hujung Ranting di TV2

Saluran TV2 pula menyiarkan drama adaptasi novel ‘Di Hujung Ranting’ mulai 24 April ini, setiap hari, 5.30 petang lakonan Nad Zainal, Shukri Yahya, Dayang Areeda, Amar Asyraf, Ummar Dzariff, Afzan A Rahman dan Silfeny Osman. 

Ikuti perjalanan hidup Mawardah dipertemukan dengan Amar dalam satu kemalangan kecil. Pertemuan itu menumbuhkan bibit cinta Amar terhadap Mawardah. Namun belum sempat cinta diluahkan, Mawardah dikahwinkan dengan Hakim anak rakan karib arwah ibu Mawardah tanpa disedari bahawa lelaki itu adalah abang kandung Amar.

Perkahwinan itu mengecewakan Amar lalu membawa diri ke negara jiran. Sesungguhnya Mawardah tidak pernah diberitahu bahawa Hakim telah pun memiliki isteri sebelumnya iaitu Fatin.

Korban kasih di TV1

Perkahwinan Fatin dan Hakim di luar negara ditentang keluarga Hakim. Kecurangan Fatin dan desakan ibu Hakim iaitu Datin Fatimah memaksa Hakim menceraikan Fatin dengan talak satu.

Namun Fatin berusaha untuk kembali memiliki Hakim hingga berjaya. Berita Hakim kembali kepada Fatin dan layanan dingin Hakim terhadap Mawardah membuatkan Amar benci terhadap Hakim.

Apakah Amar akan kembali kepada Mawardah semula atau Mawardah pasrah dan tetap setia memegang tanggungjawabnya sebagai isteri.

pengarah Shuhaimi Lua di lokasi bersama-sama pelakon Leon Zalika

Buat pertama kalinya gandingan pelakon Riena Diana dan Dini Schatzmann membintangi drama bersiri “Leon Zalika” mulai 24 April, setiap hari, 10.00 malam menerusi TV Okey. 

Siri arahan Shuhaimi Lua ini menonjolkan jalan cerita berbeza yang turut dibintangi oleh Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, dan Rashidah Jaafar.

Kisah Zalika yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu dan ayahnya, lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Dia lama menetap di London dan akhirnya di Australia. 

Zalika tanpa berfikir panjang, menerima sahaja cadangan ibu dan ayahnya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika, baginya nasib dia sering tidak bernasib baik berbanding Zalika. 

Firas pula ada agenda jahatnya tersendiri sejak bekerja di Jentayu Holdings iaitu ingin membalas dendam yang telah lama disimpan. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

DRAMA BERSIRI DI HUJUNG RANTING
Pelakon Di Hujung Ranting di TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yakin Itu Penting, Sufian Suhaimi Kekal Rekod Bersih?

Netflix Raih Keuntungan Mendadak Tapi Tidak Gembira Dengan Kejayaan Itu