in , , ,

Tiada Penyingkiran, Tujuh Peserta Ke Pentas Akhir Gegar Vaganza Musim Ke-7

Penuh kejutan. Tujuh peserta diumumkan berjaya melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu depan.

Konsert separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ini dan kesemua tujuh peserta layak ke pentas final GV7.

Tujuh peserta itu ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ashira, Noraniza Idris dan Cliff Umar.

Konsert akhir GV7 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya bakal mencatat sejarah kerana pertama kali menampilkan tujuh peserta berbanding enam finalis pada musim-musim terdahulu.

Pada konsert akhir minggu depan, kesemua peserta diberi tugasan untuk mendendangkan tiga buah lagu iaitu lagu solo, battle bersama peserta lain dan duet dengan bekas juara GV musim terdahulu.

GV7 kekal dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sementara itu, juri tetap pula Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, manakala Datuk Syafinaz dan Jay Jay diundang sebagai juri jemputan pada malam ini.

Berikut Senarai Lagu Persembahan di Pentas Akhir Gegar Vaganza 2020

Saingan separuh akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) mencipta kejutan apabila tiada sebarang penyingkiran yang dibuat.

Dengan keputusan tersebut, ia bermakna kesemua peserta yang bersaing malam ini layak peringkat final pada minggu hadapan.

Menariknya, penyanyi Cliff Umar yang berada di tangga terakhir terselamat daripada tersingkir memandangkan tiada penyingkiran dibuat.

Dalam pada itu, Oja yang mempersembahkan lagu Biso Bonar & Fantasia Musim Cinta muncul juara mingguan. Tempat kedua pula menjadi milik Muss, manakala Linda Nanuwil pula berada di tangga ketiga.

Lain-lain peserta yang akan meneruskan saingan di peringkat final nanti adalah Ashira (ke-4), Ayu Damit (ke-5) dan Noraniza Idris (ke-6)

GV 7 untuk saingan separuh akhir telah diadili oleh Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Datuk Syafinaz Selamat dan Jay Jay pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*(Persembahan Final)

  1. Jujur & Di Sana Cinta Di Sini Rindu – Oja (Siti Nordiana – Duet)
  2. Mentari Merah Di Ufuk Timur & Mencintamu – Muss (Azharina – Duet)
  3. One Moment In Time & Terlanjur Cinta – Linda Nanuwil (Hardy Mirza – Duet)
  4. Wajah Kekasih & Beribu Sesalan – Ashira (Ayai – Duet)
  5. Bukan Dia Tapi Aku & Memori Tercipta – Ayu Damit (Naqiu – Duet)
  6. Hutang & Empat Dara – Noraniza Idris (Aishah – Duet)
  7. Nakal & I’d Do Anything For Love (Noryn Aziz – Duet)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Ahmad Dipercayai Terlelap Sebelum Kereta Terbabas

Dalam Akaun Bank Hanya Ada RM500, Siti Sarah Dedah Pernah Hidup Susah Dengan Shuib