in ,

The Vampire Diaries Nina Dobrev, Paul Wesley, Ian Somerhalder

Cinta Rromantis Drakula dalam The Vampire Diaries

Jun ini eksklusif di 8TV

Tarikh siaran : 1 Jun 2010, setiap Selasa
Masa : 9.30 malam
Episod : 22 episod
Dibintangi oleh: Nina Dobrev, Paul Wesley, Ian Somerhalder and Steven R. McQueen

Petaling Jaya, 21 Mei 2010 – Demam cerita seram telah melanda. Sudahkah anda semua bersedia? 8TV akan menyiarkan drama bersiri The Vampire Diaries yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat secara eksklusif untuk peminat-peminat di Malaysia Jun ini!

The Vampire Diaries merupakan drama bersiri fantasi-seram Amerika yang diadaptasi dari novel LJ Smith. Walaupun siri drama ini banyak berkisarkan tentang remaja namun ia juga menyelitkan unsur-unsur kematangan dan mengupas pelbagai isu kompleks yang pasti membuat anda melekat di kaca televisyen anda. Drama ini juga berjaya menyuntik nafas baru pada setiap watak yang diadaptasi daripada novel asal.

Berkisar tentang seorang gadis muda yang cantik Elena Gilbert (Nina Dobrev) yang kembali ke Mystic Falls High School selepas kematian tragik ibu bapanya. Elena yang tinggal bersama dengan emak saudaranya Jenna terpaksa memikul tanggunjawab menjaga adik lelakinya Jeremy Gilbert (Steven R. McQueen) dan bergelut untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi mereka berdua.

Hari pertama persekolahan Elena merupakan hari yang agak sukar namun segalanya bertukar sebaik sahaja beliau bertemu dengan pelajar baru yang cukup misteri, Stefan Salvatore (Paul Wesley). Elena kelihatan cukup selesa berkawan dengan Stefan kerana Stefan cukup faham dengan situasi yang dihadapi Elena. Namun apa yang tidak diketahui Elena ialah Stefan sebenarnya menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Stefan sebenarnya seorang drakula yang dahagakan darah manusia namun beliau telah menggantikannya dengan darah haiwan sebagai makanan untuk terus hidup. Pada masa yang sama, Damon Salvatore (Ian Somerhalder) abang kepada Stefan kembali ke Mystic Falls bagi menunaikan janjinya untuk mengganggu kehidupan adiknya.

Elemen seram dan drama yang terdapat dalam The Vampire Diaries merupakan formula yang cukup berkesan untuk menarik minat para remaja dan keluarga untuk menonton drama bersiri ini. Kebanyakan pengkritik juga memberikan komen positif dan berpendapat semua watak dalam drama ini berjaya dihidupkan dengan baik.

Tayangan perdana The Vampire Diaries di CW Television Network pada 10 September 2009 mendapat sambutan hangat dengan bilangan penonton yang tertinggi berbanding drama siri yang lain sekaligus mencipta rekod tertinggi bagi CWTV sejak ia mula beroperasi pada tahun 2006.

Tidak ada sebab untuk anda melepaskan peluang menyaksikan Nina Dobrev, Paul Wesley, Ian Somerhalder dan Steven R. McQueen dalam The Vampire Diaries yang disiarkan secara ekslusif di saluran hip 8TV.

“Secara jujurnya, saya memang tidak sabar untuk menonton drama ini kerana jalan cerita yang menakjubkan”, kata Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Kim juga menambah, “Drama ini juga menyajikan gabungan elemen yang sempurna dan unik di antara cinta, seram dan aksi yang akan membuatkan anda terpaku di kaca televisyen anda”.

Jangan lupa temujanji anda bersama drakula kegemaran anda di 8TV. ‘The Vampire Diaries akan disiarkan setiap Selasa bermula 1 Jun 2010 jam 9.30 malam. Anda juga boleh menonton 8TV di saluran Astro 708. Saksikan program-program 8TV kegemaran anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my melalui telefon bimbit anda atau kunjungi lama sesawang 8TV di www.8tv.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brilliant Legacy Han Hyo Ju, Lee Seung Ki

Diariku Shahir di Astro Ria