in

Pengalaman Budiey Menginap di The Straits Hotel & Suites

Menetap di THE STRAITS HOTEL & SUITES, sebuah hotel yang mempunyai 352 bilik berhampiran persisiran pantai Selat Melaka cukup memberi ketenangan jiwa dan fizikal.

Walaupun agak singkat namun cukuplah untuk melepaskan tekanan kerja sambil bersantai bersama keluarga tercinta. Sekali sekala bertandang ke bumi bersejarah ini, saya rasa tak sah untuk menginap semalam dua.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Tambah lagi Budiey turun ke Melaka pada bulan Ramadan di mana tidak banyak acara dan event diadakan di Kuala Lumpur.

Di Melaka, masa untuk jalan-jalan tu sangat terhad sebenarnya sebab Budiey kali ini suka mahu bersantai di dalam kamar sambil menonton program dan filem menarik di kaca TV. Tapi jika anda menetap ke sini, rasanya rugi tak jalan-jalan sebab ia hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke Tugu A Famosa.

Dengan lokasi ideal di tengah kawasan pusat bandar Melaka dengan pemandangan damai berhampiran persisiran pantai yang tenang, hotel ini menawarkan satu pengalaman yang cukup menenangkan.

Ya, memang dekat sangat kalau nak pergi ke The Stadthuys, St Paul’s Hill dan Jonker Street. Begitu juga jika nak pergi membeli belah pun senang sebab hotel ini berdekatan dengan Pusat Membeli Belah Mahkota Parade. Bolehlah pagi-pagi jalan-jalan kaki kat sini. Memang relaxing habislah.

Nampaknya, selepas ini pastinya THE STRAITS HOTEL & SUITES di tengah bandar Melaka menjadi destinasi dan penginapan pilihan utama jika saya berada di kawasan Warisan Dunia UNESCO. Antara sebab Budiey suka menginap di hotel ini sebab pelbagai kemudahan lain yang menarik disediakan bagi memastikan keselesaan. Budiey suka dengan rekaan dalaman yang luas, moden dan cossy.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Siap dengan dapur dan juga kabinet dengan warna putih. Antara kemudahan asas yang disediakan seperti WiFI, Coffee & Tea Maker, Minibar, Safe Box Deposit, payung, Fitness Center, Wake Up Service, Toiletries, Hair Dryer, Guest Laundry, tempat letak kereta, Meeting Room, Restoran, payung dan banyak lagi.

Nak buat kerja juga mudah sebab tengok sendiri lah mejanya, sangat panjang dan cukup elegan dengan kemasan berwarna hitam.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Untuk sedikit senaman sambil menikmati pemandangan yang indah dari tingkat 23, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia dan dihiasi dengan senireka tradisional yang unik sambil menikmati minuman di sebelahnya.

Keunikan kolam renang ini adalah kolamnya yang menjadi daya tarikan utama kerana infiniti. Tak rugi jika anda naik ke tingkat 23 ini sambil menikmati pemandangan yang cukup menenangkan mengadap ke Selat Melaka. Jika malas berenang, para tamu juga boleh pergi ke pusat gimnasium yang terletak di tingkat tiga.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Pada 13 Jun lalu, kebetulan Budiey ada buat liputan di sebuah acara CSR anjuran THE STRAITS HOTEL & SUITES, jadi alang-alang tu Budiey menetap selama 3 hari 2 malam di sini. Sesampai di tempat letak kereta petang itu, Budiey baru dapat tahu rupa-rupanya hotel ini berkongsi bangunan dengan Hotel Novotel Melaka.

Hotel ini terletak di No 1- B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, Melaka. Cukup mudah untuk datang ke sini. Taip sahaja nama hotel ni di aplikasi Google Maps atau Waze pastinya anda sampai.

Melangkah di ruang lobi, mata saya dapat saksikan dekorasi ringkas, minimal dan moden. Ruang resepsi juga agak kontemporari begitu juga dengan tempat duduk yang lebih fresh. Bersesuaian dengan tema hari raya, hotel ini menyediakan tempat mengambil gambar (photobooth) yang bertemakan hari raya dengan animasi yang cukup unik dan kreatif.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Terdapat kafe yang menyediakan minuman dan pelbagai kek untuk dinikmati di lobi hotel ini.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Selesai check in, terus naik ke bilik. Ternyata ia cukup luas. Satu keluarga pun boleh menginap di sini.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Terdapat sofa dengan rekaan yang cukup moden dan TV disediakan untuk anda mengisi masa sepanjang berada di sini.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Pagi esoknya, setelah bangun dari tidur di atas katil yang selesa, bilik mandi yang luas pula sedia menanti. Dengan menggunakan barangan bilik mandi yang eksklusif, pasti ramai akan mengambil waktu yang lebih lama di bilik air! Untuk hilangkan stres dan badan yang penat, boleh juga beremdam dalam tab mandi.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Meja makannya juga disediakan dengan perabut moden. Makan-makan sambil berbual-bual di tempat makan ini memang menggembirakan hati para pengunjung.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Nak buat kopi pun mudah sebab cerek disediakan.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Untuk info, terdapat 80 kamar Suites di hotel ini berkeluasan 65 meter kaki persegi. Biliknya juga sangat menarik, apatah lagi dengan bilik mandi berdinding kaca lutsinar yang pemandangannya hanya boleh ditutup dengan bidai khas dari dalam kamar mandi. Setiap bilik juga mempunyai kemudahan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet.

The Straits Hotel & Suites

Tidak lupa juga lounge untuk minuman sambil bersantai dan pool bar bagi yang ingin menikmati minuman di tepian kolam renang sambil menghayati pemandangan matahari terbenam. Kalau nak buat acara sambutan hari jadi pun sesuai juga kat sini.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat banyak kawasan yang popular dengan makanan untuk kemudahan para tamu yang ingin mencuba sajian tempatan atau membeli barangan tertentu. Sekiranya anda tercari-cari hotel yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di The Straits Hotel & Suites kerana ia benar-benar ketenangan yang mudah dikecapi!

Di bawah ini, Budiey nak kongsikan gambar-gambar yang sempat Budiey ambil sepanjang penginapan di sini. Terima kasih kepada The Straits Hotel & Suites yang sudi memberi layanan yang bagus. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa.

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

the Straits Hotel and Suites Anjur Iftar Bersama Anak Yatim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

#TerimaKasih Berakhir Dengan 6,000 Orang Warga Sungai Petani

Your ‘Kampung’ In The City? Then Go Hipster With Sunway Lagoon This Raya