in

The Lovely Korea Beauty Premium Dilancarkan di Malaysia

Langkah Pertama The Lovely Korea Beauty Premium ke Malaysia
Menarik minat wanita Malaysia dengan gaya Unik Korea

[dropcap]P[/dropcap]erjalanan seribu batu (untuk menjadi peneraju global) bermula dengan satu langkah. The Lovely Korea Beauty Premium merasmikan pembukaannya di KL Festival City Mall, Setapak, Malaysia, menandakan langkah pertamanya sebagai ‘Pop-Up Store’ Kosmetik Korea Pertama di Dunia.

The Lovely Korea Beauty Premium merupakan ‘pop-up store’ yang dikendalikan oleh kerajaan Korea Selatan. Projek ini dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan (MOHW), di bawah pengendalian Korea Health Industry Development Institute (KHIDI) dan diuruskan oleh THE SOPS Seoul of VOV Hair & Beauty Sdn. Bhd.

Lovely Korea Beauty Premium Store At Setapak

Ia merupakan konsep baru yang direka khas untuk mempromosikan eksport industri dan produk kosmetik terbaik di negara tersebut yang dihasilkan dengan teknologi canggih dan jaminan kualiti pengeluar Korea Selatan. Premis berkenaan turut menyokong paparan dan jualan kosmetik negara itu di samping menjalankan program padanan pembeli.

[pullquote align=”right”]The Lovely Korea Beauty Premium merupakan ‘pop-up store’ yang dikendalikan oleh kerajaan Korea Selatan.[/pullquote]

Dengan pintunya yang terbuka luas secara umum, pelanggan berpeluang mencuba kesemua produk dari 12 syarikat Korea Selatan dalam suasana selesa dan mewah.

Mengorak langkah ke tahun 2020, KHIDI berusaha menjadi sebuah institusi profesional yang meneraju Teknologi Penjagaan Kesihatan (HT) untuk negaranya. Bekerjasama rapat dengan kerajaan Korea Selatan, MOHW serta KHIDI, para pengeluar kosmetik Korea Selatan yang mengalami cabaran menembusi pasaran luar walaupun mempunyai rangkaian kosmetik berkualiti berjaya meningkatkan kemampuan kompetitif di pasaran eksport, sementara kerajaan Korea Selatan meningkatkan lagi reputasi jenama negara tersebut.

Jang Kyung Won, Ketua Pengarah KHIDI ASEAN mengalu-alukan kehadiran para jemputan dengan teruja.

Dengan usaha kerajaan Korea Selatan, objektif utama Beauty Premium adalah untuk mempromosi, produk-produk kecantikan Korea Selatan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat kosmetik kecil dan sederhana yang berdedikasi di negara tersebut. Sebagai bukti kebanggaan, kami membawakan 12 jenama Kosmetik Korea Selatan berkualiti tinggi ke Malaysia. Dengan suka citynya, Kami gembira mengumumkan 12 syarikat-syarikat itu adalah Atotherapy, Beauty Club RED, HANBUL Cosmetics, HBMIC, IMINE, KENNEDY & KENNEDY, Kolmar Korea, NeoPharm Co. Ltd, SkinCureInc., UCL, WEME INTERNATIONAL, dan Zero to Seven Inc. Kami yakin bahawa para pelanggan akan berpuas hati dan gembira dengan jenama-jenama terpilih yang tawarkan.”

“Kami sedang menghampiri misi untuk membangunkan industri kesihatan dan memperbaiki perkhidmatan perubatan di Korea dengan perlahan-lahan kami berasa bangga mengumumkan kejayaan tahun ini. Disamping itu, Beauty Premium berhasrat untuk memperluaskan kehadirannya di Malaysia, dalam menuju ke arah pasaran Amerika Syarikat (A.S), pasaran kosmetik terbesar di dunia. Sementara gaya solekan unik wanita Korea Selatan semakin menjadi ikutan di kalangan wanita Asia. Beauty Premium merancang untuk mempelbagaikan usaha promosi kosmetik Korea Selatan dalam rundingan erat dengan industri perkhidmatan kecantikan negara itu. Dengan populariti trend fesyen korea dalam drama dan k-pop yang semakin meningkat di Malaysia, Lovely Korea Beauty Premium menuju sasaran untuk menarik perhatian global sebagaimana lagu Gangnam Style dari Psy.

“Industri kosmetik Korea Selatan telah mengubah haluan yang dahulunya berfokus kepada import kepada lebih tumpuan terhadap eksport. Tidak hairanlah kerajaan Korea, MOHW, memilih Malaysia sebagai sasaran utama untuk industri eksport bagi produk-produk kosmetik kerana Malaysia, bukan sahaja merupakan peneraju idea di kalangan negara-negara Asia Tenggara malah peningkatan ekonomi di Negara terus dicapai sewaktu kemelesetan ekonomi. Peningkatan ketara dalam minat terhadap produk kecantikan Korea menjurus kepada rangsangan eksport ke Asia Tenggara, terutamanya ke Malaysia dengan kenaikan 181% pada tahun 2010. Kami, KHIDI, penyelia projek Beauty Premium, akan berusaha sebaik-baiknya untuk menghasilkan kejayaan”.

[dropcap]L[/dropcap]ee Yong Joon, Duta Republik Korea di Malaysia dengan yakin berkata “Dengan Gelombang Korea di Malaysia, Beauty Premium akan menjadi saluran yang bagus untuk meningkatkan lagi imej sebuah bangsa. Saya percaya ini dapat meningkatan hubungan dua hala antara kedua-dua Negara. Pada masa yang sama, Kedutaan Korea di Malaysia akan menyokong KHIDI untuk melengkapkan projek ini dengan berjaya”.

Yoon Huei-Ro, Ketua Pengarah Serantau Asia dan CEO Korea Trade Center Singapore mengucapkan tahniah di atas pembukaan The Lovely Korea Beauty Premium, berkata

“Saya berharap Beauty Premium dapat merangsang eskport produk kosmetik Korea ke Malaysia dan mengukuhkan industri kosmetik Korea dengan lebih banyak syarikat memasuki pasaran ASEAN.”

Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong, Malaysia juga memuji peningkatan jualan produk kosmetik Korea dan berkata

“Sebagai negara tuan rumah pertama Beauty Premium yang merupakan projek kerajaan Korea dalam industri kosmetik, ini adalah amat penting bagi kami. Ini akan menjadi peluang bekerjasama dengan Korea dan mampu membantu mengembangkan lagi industri penjagaan kesihatan termasuk kelengkapan perubatan serta perkhidmatan”.

Para tamu VVIP dipersembahkan dengan cenderahati oleh Jang Kyung Won dan Eugene Lee Jun Ho, Pengarah THE SOPS Seoul.

The Lovely Korea Beauty Premium dirasmikan dengan majlis memotong riben yang turut diikuti dengan persembahan fesyen berinspirasikan trend Korea yang diperagakan oleh para model sambil diiringi musik sensasi hit K-pop. Pelancaran itu diakhiri sesi cabutan bertuah untuk semua tetamu jemputan.

Lovely Korea Beauty Premium
Lot G-07, KL Festival City,
No. 67, Jalan Taman Ibu Kota,
Taman Danau Kota, Setapak
53300 K.L. Malaysia

Lovely Korea Beauty Premium Store At Setapak 2

Beauty Productd (1)

Lovely Korea Beauty Premium Offers Quality Products

Beauty Productd (4)

Checking Out The Product

Lovely Korea Beauty Premium 2

Gan Mei Yan

Sasha Bashir

Chris Tong

Megan Tan

Jang Kyung Won, Director General Of Khidi Asean

Jeff Ooi, Member Of Parliament For Jelutong

Chris Tong 童冰玉, Sasha Bashir, Eugene Lee Jun Ho李俊虎, Yoon Huei-Ro 尹晞老, Jeff Ooi 黄泉安, Jang Kyung Won张庆元, Jang Hae-Ree张惠利 &Amp; Gan Mei Yan 颜微恩

Chris Tong, Sasha Bashir, Eugene Lee Jun Ho, Yoon Huei-Ro, Jeff Ooi,Jang Kyung Won, Jang Hae-Ree &Amp; Gan Mei Yan_2

Chris Tong &Amp; Gan Mei Yan

Chris Tong, Gan Mei Yan &Amp; Kyung-Won Jang

Chris Tong, Gan Mei Yan, Jang Kyung Won, Jeff Ooi, Eugene Lee Jun Ho,  Yoon Huei-Ro, Jang Hae-Ree &Amp; Sasha Bashir

Product Showcase By Model (3)

Product Showcase By Model (1)

Let'S Shop @ Lovely Korea Beauty Premium

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Go Gerila Love Me Butch Salam Massacre Conspiracy di Konsert Rock The World 12

Butik Ke-3 H&M Akan Dibuka di Pradigm Mall