in

The Junas Monkey Lancar MTV Karaoke Single Jadian & Ikut Aku

Pernah dengar nama kumpulan trio – The Junas Monkey? Sebenarnya, Budiey dengar pun pada tahun ni. Itu pun bila dijemput ke majlis pelancaran MTV Karaoke di Red Box, Garden Mid Valley baru-baru ini. Rupanya, merekalah yang nyanyi lagu Jadian tu. Nasib baik sempat menemubual band ini, kalau tak memang tak kenal pun diorang ni.

Tak nafikan sebelum ini, Budiey ada dengar lagu kumpulan ini iaitu Jadian di radio. Sekarang pun sedang rancak diputar di corong radio. Mungkin kerana sambutan itu, tiga jejaka dari Indonesia ini telah singgah di Kuala Lumpur minggu lalu. Pada sesetengah peminat, melihat pada imej kemas dan kacak ini, pasti ramai peminat wanita yang tergila-gila mereka. Namun, mereka bukan hanya bersandarkan pada rupa semata-mata, band remaja yang diberi nama The Junas Monkey ini juga bertuah kerana ada bakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan peragaan.

The Junas Monkey

Ditubuhkan hampir dua tahun lalu, nama band ini juga dilihat agak unik.  The Junas Monkey disertai oleh Aditya Suryo Saputra (Aditya), 24, Anak Agung Bagus Perwira Karang (Ajun), 24, dan Stefan William Umboh (Stefan), 19. Ajun sebagai pemain bass, sementara Aditya sebagai pemain dram. Mereka bukanlah orang baru dalam industri hiburan seberang. Stefan sebelum ini pernah menyandang gelaran Aktor Terngetop SCTV.

Nama kumpulan ini sebenarnya diambil daripada karakter mereka sendiri. Junas ialah singkatan nama mereka Jun (Ajun), A (Aditya) dan S (Stefan). Perkataan Monkey pula diambil daripada karakter mereka yang reti nak duduk diam. Junas mewakili nama mereka dan Monkey itu dipilih sempena karakter mereka yang lincah. Bagaimanapun, mereka menafikan cuba menumpang populariti, Kumpulan The Jonas Brothers dengan pemilihan nama band yang hampir sama.

Menurut Stefan, selaku vokalis The Junas Monkey, lakonan menjadi platform yang baik untuk mereka menceburi bidang nyanyian. Selain sudah dikenali, mereka juga dapat mengembangkan lagi karier seni.

“Baik lakonan mahupun nyanyian, kedua-duanya sama penting untuk kami. Demi minat, kami cuba membahagikan masa dengan sebaik-baiknya.”

Memilih konsep pop alternative, kehadiran band ini mungkin tiada bezanya dengan band sedia ada di Indonesia. Namun, The Junas Monkey tetap mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri untuk menarik perhatian golongan remaja.

Datang daripada berbeza latar dan agama, Aditya (Islam), Stefan (Kristian) dan Ajun (Hindu), tiga jejaka ini bagaimanapun mempunyai keserasian dan chemistry untuk terus bersatu. Untuk tahun ini, pada 31 Januari 2013, filem Air Terjun Pengantin Phuket lakonan Stefan bakal ditayangkan di pawagam.

Sedang mengumpul material, album tersebut turut mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia. Dalam perkembangan lain, mereka juga bakal membintangi sebuah filem bersama.

Berharap karier terus bersinar, The Junas Monkey juga berhasrat membawa kumpulan mereka ke peringkat antarabangsa.

“Buat masa ini, kami ingin kembangkan karier di Malaysia dan kami gembira kerana single pertama kami mendapat sambutan yang baik di kalangan peminat di sini.

“Kami juga berharap single kedua, Ikut Aku mendapat sambutan sama, dan semoga peminat akan terus memberi sokongan kepada The Junas Monkey.”

Kini grup ini membawa sejuta harapan agar kerjaya mereka diterima di Malaysia dan jika diberi peluang mereka juga mahu buat satu showcase untuk peminat di sini.

Lagu Ikut Aku adalah single kedua diperkenalkan, ciptaan dari Yowandi Yahya ini turut menampilkan penyanyi wanita yang juga sudah popular sebelum ini sebagai pelakon sinetron di Indonesia – Icha Annisa.

Baik berlakon dan menyanyi, mereka akan cuba fokus bagi mengasah bakat yang ada. Yang lebih penting, akan datang, mereka akan terus memandang ke depan dan mencari formula terbaik untuk mencetus fenomena The Junas Monkey sendiri.

The Junas Monkey

The Junas Monkey

The Junas Monkey

The Junas Monkey

The Junas Monkey

The Junas Monkey

The Junas Monkey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telefilem Kawan Temukan Taiyuddin Bakar & Shasha Khred

Zain Saidin Ajak Rozita Che Wan Nikah Hujung Tahun Ini