in

THE INCREDIBLE HULK LAKONAN BILL BIXBY @ 8TV

THE INCREDIBLE HULK
TX: 21ST FEBRUARY 2009
TIME: 11.45PM

8TV membawakan kepada anda drama bersiri yang cukup popular sekitar tahun 70-an The Incredible Hulk! Drama bersiri ini akan memulakan siarannya pada 21 Februari 2009 jam 11.45 malam hanya di 8TV!

The Incredible Hulk merupakan sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari komik Marvel. Dibintangi oleh Bill Bixby sebagai Dr. David Banner dan Lou Ferrigno sebagai Hulk. Kenneth Johnson merupakan orang yang bertanggungjawab mengubah konsep dari komik ke televisyen. Siri Hulk ini masih mempunyai pengikut hingga ke hari ni.

“Kami membawakan siri The Incredible Hulk untuk penggemar drama-drama retro. Drama ini pernah memenangi Primetime Emmy dan pernah dicalonkan dalam beberapa anugera berprestij. Mari kita mengenang kembali kehebatan drama bersiri ini!” ujar Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Doctor David Banner (Bill Bixby) merupakan seorang saintis yang masih lagi trauma selepas kemalangan ngeri yang membunuh isteri kesayangannya Laura. Bermula dengan kejadian itu, David Banner menjadi semakin obses mencari formula untuk menjadikan manusia semakin kuat dan kebal. Dengan bantuan seorang teman lama Elaina Marks, David melakukan beberapa demostrasi untuk menguji kekuatan sebenar manusia.

David akhirnya menemui formula sebenar menambahkan kekuatan fizikal manusia dan mencuba ke atas dirinya. Pada awalnya, eksperimen David tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan namun segalanya berubah apabila beliau tercedera ketika menukar tayar keretanya yang pancit.

Tiba-tiba satu metafora yang mengejutkan berlaku dan Dr. Banner telah bertukar menjadi satu makhluk gergasi berwarna hijau yang cukup menakutkan. Mahkluk itu telah memecahkan kereta Dr. Banner dan mencampaknya ke dalam sebuah parit yang besar.

Apabila terjaga dari tidur, David Banner sendiri keliru dan bingung dengan apa yang telah terjadi kepadanya semalam. David meminta bantuan Elaina dan mereka berusaha untuk mengubah kondisi David untuk kembali normal. Namun kerja mereka tidak begitu mudah kerana diganggu oleh beberapa wartawan yang sibuk menyiasat misteri “Hulk” yang telah melakukan beberapa kekacauan yang cukup tragik.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan The Incredible Hulk secara PERCUMA di 8TV! Untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada Dr. Banner, tontoni 8TV bermula 21 Februari 2009 jam 11.45 malam atau menonton di siaran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Jatuh Cinta Lagi, Puteri Impian 2, Lang Buana di TV2

Drama Hero Lakonan Kimura Takuya, Tsutsumi Shinichi di 8TV