in

THE FINAL DESTINATION The 1st 3D Live Action Horror Movie in Malaysia

Dibarisi dengan pelakon seperti Bobby Campo, Shantel Van Santen, Mykelti Williamson, Haley Webb, Nick Zano dan Krista Allen, filem sekuel The Final Destination dirasakan cukup membuat sesiapa sahaja rasa seriau~! Memangla, The Final Destination sebuah filem seram dan sarat dengan elemen suspen. Budiey gerenti, kalau korang yang pernah menonton filem ini sebelum ini, pastinya tak nak lepaskan peluang untuk menikmati rasa ngilu dan seriau itu.

Walaupun korang yang dah jadi penonton setia dari dulu dah lali atau pun dah tahu format sebenar filem ini, namun episod kali ini lebih getir dan tajam. Secara kasarnya, jalan ceritanya sangat ringkas tetapi Budiey tahu ramai yang ingin melihat sendiri bagaimana tragedi kematian itu berlaku.

Kali ini, ianya menerobosi pelbagai lokasi. Dari stadium litar lumba kereta sehinggalah ke kolam renang, filem ini pastinya membuatkan kita merasakan bahawa mati itu ada di mana-mana. Ya, mati itu selalu mengejar kita. Dan kita tidak akan lari dari takdir kematian walaupun sesaat.

Adegan paling mengerikan bagi Budiey ialah ketika tragedi di pawagam 3D dan juga di eskalator. Pergh~! Memang ngeri habis~!

Nick (BOBBY CAMPO, left) sedang cuba menyelamatkan Lori (SHANTEL VANSANTEN)

Budiey rasa episod Rest In Pieces lebih menumpukan kepada visual dan cara kematian itu berlangsung di depan mata penonton. Ini lebih bertepatan apabila format 3D telah dicipta untuk tontonan yang lebih memuaskan hati. Ini menciptakan satu sejarah di mana filem THE FINAL DESTINATION adalah filem seram pertama dalam bentuk 3D Live di Malaysia. Tahniah~!

Untuk info semua pembaca, filem THE FINAL DESTINATION dalam bentuk 3D dapat ditonton di pawagam terpilih mulai 3 September 2009 di Malaysia iaitu:

GSC Mid Valley
GSC 1 Utama
GSC Pavillion KL
GSC Gurney Plaza, Penang
GSC Berjaya Times Square
TGV Suria KLCC
TGV Sunway Pyramid
Cathay Cineplex Damansara

Walaupun sudah menonton filem ini, Budiey rasa teruja untuk menontonnya dalam bentuk 3D Live pula. Lagi terasa tragedi betul-betul berlaku di depan mata~! Kepada pembaca setia, jangan lupa join Movie Day Out Sensasi Selebriti THE FINAL DESTINATION tidak lama lagi~!

Satu lagi adegan yang mengerikan di tempat cuci kereta~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Photos Sexy Model Ammar Alfian Aziz

Gambar Rakaman Mentor Raya 2009