in ,

Teruja dipimpin Firman, Vicha Terjatuh di Pentas Gegar Vaganza

Pelawak, Vicha, tersadung selepas membuat penampilan istimewa dalam program Gegar Vaganza musim keempat yang berlangsung di Bukit Jalil, kelmarin.

Bekas anggota kumpulan Saywho itu berkata, insiden itu berlaku apabila beliau tidak menyedari kedudukan tangga hujung di pentas, menyebabkannya terjatuh.

Waktu itu, beliau yang kemudian hadir ke sesi sidang media dengan kaki berbalut, sedang meninggalkan pentas selepas membuat kejutan sebaik saja peserta, Firman, selesai mengadakan persembahan.

“Mungkin saya terlalu teruja dipimpin oleh Firman sehingga tidak sedar tangga di pentas itu masih ada. Saya juga memakai kasut tumit tinggi ketika kejadian, yang mungkin menambahkan lagi rasa sakit selepas terjatuh.

“Saya perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang kerana bertubuh besar banyak risikonya kalau terjatuh. Namun, syukur kerana saya tidak mengalami sebarang pendarahan. Mungkin gamat juga stadium kalau luka tadi,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 29, yang kini tidak lagi bersama kumpulan Saywho, semakin selesa mengorak langkah sebagai pelawak solo di negara ini.

Beliau bersyukur apabila kerjaya seninya semakin mendapat perhatian dan tawaran membintangi drama serta telefilem juga lebih kerap diterima.

“Mungkin ada yang tidak tahu saya kini tidak lagi bersama Saywho. Saya berbuat demikian kerana ingin mencuba nasib sebagai pelawak solo pula. Malah, saya sudah menetap di Malaysia sejak tiga tahun lalu kerana ingin memberi fokus kepada karier seni di negara ini.

“Keputusan untuk menetap di sini dibuat selepas saya banyak mendapat tawaran berlakon dan agak sukar sekiranya saya perlu berulang-alik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kereta Vellfire Nabil Ahmad Hilang Dicuri di Taman Tun Dr. Ismail

Anak Penyanyi Harris Baba Cedera Ditimpa Penutup Lampu Panas di Butik LV