in , ,

TERRIUS BEHIND ME, So Ji Sub Jadi Pengasuh Demi Ungkap Konspirasi di TV2

Menggabungkan genre komedi, misteri, kekeluargaan, dan hubungan cinta, siri Korea bertajuk “Terrius Behind Me” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) antara program pilihan yang boleh diikuti penonton saluran TV2.

Sedang bersiaran mengisi slot Asian Screen On 2 setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang, siri 26 episod ini menampilkan pelakon terkenal  Korea Selatan, So Ji Sub bergandingan dengan pelakon cantik Jung In Sung yang mengangkat cerita tentang seorang suri rumah tangga bernama Go Ae Rin yang memiliki dua anak kembar yang comel. Ae Rin hidup berjiran dengan Kim Bon lakonan mantap So Ji Sub. 

Kim Bon adalah bekas anggota Perisikan Negara Korea Selatan (NIS) menggunakan nama samaran Terrius. Dia sedang bersembunyi kerana menjadi buruan. Tiga tahun sebelum itu, Kim Bon terlibat dalam sebuah operasi hingga membuat wanita yang dicintainya tewas dan meninggal dunia. 

my secret terius di TV2

Situasi itu mendorong Kim Bon bersembunyi sambil menyelidik siapakah pihak yang menjadi dalang kegagalan operasinya dahulu. 

Suatu hari, suami Ae Rin, Cha Jung Il telah terbunuh dalam kejadian yang dianggap misteri. Kim Bon curiga dengan kes kematian suami jirannya itu. Pada masa sama dia dapat merasakan ia ada hubungan dan kaitan dengan sebuah konspirasi besar. 

Setelah suaminya tiada, Ae Rin terpaksa kembali bekerja untuk menampung keperluan harian dirinya dan dua orang anak kembar, Joon Soo dan Joon Hee yang berumur enam tahun. Ae Rin membutuhkan jasa pengasuh untuk menjaga kedua anaknya. 

Kim Bon pun menawarkan diri menjadi pengasuh agar lebih mudah menyelidiki latar belakang hidup suami Ae Rin. Dari penyamaran ini, banyak kejadian yang tanpa diguga berlaku. Timbul rasa sayang yang ikhlas di hati Kim Bon kepada dua-dua anak Ae Rin yang terkenal dengan kenakalan mereka itu. 

Ae Rin yang sebenarnya adalah wanita cerdas, perlahan-lahan juga mencurigai Kim Bon. Dia merasa Kim Bon menyembunyikan sesuatu daripadanya. 

Masa berlalu dan penyamaran Kim Bon berhasil dibongkar oleh Ae Rin. Situasi itu kemudiannya menimbulkan keadaan selesa pada Kim Bon dan dia bersama-sama Ae Rin dan dua agen NIS lainnya, Kim Bon mengajak mereka bekerja sama mengungkap konspirasi besar yang melibatkan orang dalam institusi negara. 

Mampukah Kim Bon dan Ae Rin mengungkap konspirasi ini? Saksikan kesudahan kisahnya di TV2. Turut membintangi siri ini Son Ho-jun dan Im Se-mi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Langgar SOP, Neelofa & PU Riz Mengaku Tidak Bersalah Kes Beli Karpet di Nilai 3

Sinopsis Drama DIVA POPULAR Lakonan Fauziah Ahmad Daud & Erma Fatima di Awesome TV