in , ,

Terkini Tentang Pelan MaxisONE Plan & Zerolution

MaxisONE Share adalah pelan pertama dan satu-satunya di mana pelanggan talian tambahan boleh membeli telefon pintar terkini.

Keluarga kini boleh menikmati lebih banyak faedah lagi – setiap pelanggan talian tambahan pelan MaxisONE Plan kini boleh membeli telefon pintar terbaru di Zerolution – pelan keluarga yang pertama seumpamanya di Malaysia. Oleh kerana pelanggan MaxisONE Plan layak mempunyai empat talian tambahan setiap akaun, ini bermakna keluarga Maxis boleh membeli sehingga lima buah telefon pintar di bawah satu akaun.

  • Maxis menangani jurang pasaran dengan memudahkan semua ahli keluarga untuk memiliki peranti
  • Kos pelan dan peranti terendah – setiap pelanggan talian tambahan kini boleh membeli telefon pintar terkini di Zerolution dengan sifar bayaran pendahuluan
  • Data dipertingkatkan sebanyak 20GB setiap talian – 10GB untuk dikongsi di seluruh DataPool, 10GB untuk setiap pelanggan talian tambahan
  • Keluarga yang mempunyai sambungan fiber terus mempunyai data tanpa had atas talian tambahan
MaxisONE Share - 130619

Sehingga sekarang, tiada pelan di Malaysia menawarkan pelanggan talian tambahan pilihan untuk memiliki telefon untuk setiap talian.

Sebelum ini hanya pelanggan talian utama dapat membeli peranti melalui sebuah pelan.

Maxis juga baru-baru ini meningkatkan talian tambahan untuk memberikan pelanggan lebih banyak data – sebanyak 20GB setiap talian, sementara itu talian tambahan dengan pelan MaxisONE Home Fiber terus mendapat data tanpa had.

“Maxis selalu mengetuai pasaran sepanjang ini dengan komitmen untuk membolehkan kesalinghubungan dan akses yang lebih baik untuk semua keluarga di Malaysia.

Kami melihat kebergantungan terhadap telefon pintar yang semakin meningkat dalam kehidupan seharian setiap keluarga, dan kenaikan harga runcit serta batasan pelan-pelan keluarga untuk membeli lebih daripada satu peranti tidak memudahkan keadaan ini.

Kami ingin setiap keluarga sentiasa berhubung antara satu sama lain, itulah sebabnya kami menyediakan setiap talian dengan akses kepada peranti terbaru dengan Zerolution,”

– Arjun Varma, Ketua Pemasaran Produk Maxis.

Setiap keluarga dapat menikmati faedah-faedah ini melalui MaxisONE Share yang baru dipertingkatkan:

  1. Kos pelan dan peranti terendah– Ahli keluarga boleh membeli pelbagai peranti terkini tanpa risau tentang harga. Tambahan lagi, tiada bayaran pendahuluan untuk semua ahli keluarga melalui Zerolution.
  2. Pelbagai peranti terkini– Keluarga Maxis juga boleh memilih telefon yang mereka lebih suka – sama ada peranti kelas mercu, kelas pertengahan atau kelas permulaan – pastinya ada sesuatu untuk setiap ahli keluarga! Pilih dari jenama seperti iPhone, Samsung, Huawei dan banyak lagi.
  3. – Talian tambahan kini memperolehi 20GB setiap talian, dengan 10GB dimasukkan ke dalam DataPool, yang boleh dikongsi antara semua talian lain dalam akaun tersebut, manakala 10GB yang seterusnya semata-mata untuk pelanggan talian tambahan sahaja. Talian tambahan pula yang mempunyai fiber akan menikmati data tanpa had.
  • Perayauan keluarga– Data tanpa had, panggilan dan SMS percuma ke mana-mana negara ASEAN untuk semua talian keluarga apabila seorang ahli keluarga mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38 sehari. 
  • Panggilan dan SMS tanpa had– Setiap keluarga mendapat panggilan dan SMS tanpa had pada semua rangkaian untuk talian tambahan juga. Tambahan pula, mereka boleh menikmati Internet pantas pada bila-bila masa serta di mana-mana sahaja, dan terus berhubung antara satu sama lain dengan rangkaian 4G terpantas di negara, untuk hanya RM48 sebulan.
  • Tawaran Maxis– Talian tambahan juga mempunyai akses kepada tawaran hebat Buy1 Free1dari TeaLive, Auntie Anne, McDonald’s dan banyak lagi di aplikasi MyMaxis.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, sila layari www.maxis.com.my/share.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Bapa Pesan Jaga Adab,” – Khir Rahman

Soo Wincci Berjaya Puasa Enam Buat Lapan Tahun Berturut-Turut