in

Tentang Program Anugerah 3K & MyDMBS 2018

Penglibatan Lebih 200,000 Pelajar Di Dalam Program Anugerah 3K & Mydmbs 2018 Buktikan Keupayaan Minda Dan Kecergasan Generasi Baru Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dutch Lady Malaysia sekali lagi bergabung untuk mengiktiraf sekolah-sekolah cemerlang seluruh Negara dengan Majlis Anugerah 3k & MyDMBS 2018

Sekolah-sekolah cemerlang seluruh negara telah diiktiraf di majlis Anugerah 3K yang dihadiri oleh Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan dan Encik Tarang Gupta, Pengarah Urusan, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia).

Anugerah 3K & MyDMBS 2018

Program Anugerah 3K & MyDMBS 2018

Singkatan bagi Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan; program Anugerah 3K merupakan program anugerah kebangsaan tahunan yang telah dimulakan pada tahun 1991 dan di antara salah satu program terbesar Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia diwujudkan antara lain untuk mendidik dan memberi pengiktirafan kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam meningkatkan kualiti persekitaran sekolah dan sahsiah para pelajar.

Tahun ini menyaksikan Dutch Lady Malaysia sekali lagi tampil sebagai rakan strategik bagi komponen kesihatan dan penaja utama Anugerah 3K.

“Tahun ini genap empat tahun Dutch Lady Malaysia menggalas peranan sebagai rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun ini, kami telah memperkenalkan projek MyDMBS yang menekankan kepentingan nutrisi, pengambilan tenusu serta aktiviti senaman fizikal dan latihan pemikiran kreatif murid-murid sekolah. Dutch Lady Malaysia kekal komited ke atas sokongan terhadap agenda kebangsaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam misi memperkasa pelajar-pelajar sekolah dari segi mental dan fizikal”. – Tarang Gupta

Dengan peningkatan penyertaan yang begitu memberangsangkan, iaitu dengan lebih 200 buah sekolah dan melibatkan lebih kurang 200,000 jumlah pelajar secara keseluruhan, persaingan di antara sekolah-sekolah seluruh negara semakin sengit. Ini sekaligus membuktikan kejayaan program 3K serta MyDMBS; dan menjadi petunjuk peningkatan prestasi murid-murid dan kesedaran peri pentingnya amalan gaya hidup sihat.

“Sejak program 3K dilancarkan semula pada tahun 2015 dengan Dutch Lady Malaysia, program ini telah merekodkan penglibatan lebih 500,000 pelajar sekolah seluruh negara. Kejayaan program ini membuktikan bahawa usaha-usaha berterusan pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta seperti Dutch Lady Malaysia adalah amat signifikan dalam inisiatif menggalakkan generasi muda Malaysia untuk lebih mengamalkan gaya hidup sihat yang holistik”. – Yang Berhormat Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan.

Anugerah 3K 2018 telah mengiktiraf sekolah-sekolah berikut menurut kategori dan hadiah masing-masing:

Sekolah Rendah
Keputusan Sekolah Hadiah*
Johan SJKC Lai Meng, Kuala Lumpur RM5,000
Naib Johan SK Titi Teras, Pulau Pinang RM4,000
Tempat Ketiga SK Sungai Salleh, Kedah Darul Aman RM3,000

 

Sekolah Menengah
Keputusan Sekolah Hadiah*
Johan SMK Convent, Kedah Darul Aman RM5,000
Naib Johan SMK Baru, Miri, Sarawak RM4,000
Tempat Ketiga SMK Paya Rumput, Melaka RM3,000

 

*Johan akan mendapat trofi dan naib johan & tempat ketiga akan mendapat plak. Semua sekolah akan mendapat sijil pencapaian dan replika cek.

Program MyDMBS telah mengiktiraf sekolah-sekolah berikut menurut kategori dan hadiah masing-masing:

Sekolah Rendah
Keputusan Sekolah Hadiah*
Johan SK Kijal, Terengganu Darul Iman RM1,500
Naib Johan SK Sungai Samak, Perak Darul Ridzuan RM1,000
Tempat Ketiga SK USJ 12, Selangor Darul Ehsan RM750

 

Sekolah Menengah
Keputusan Sekolah Hadiah*
Johan SMK Puncak Alam 3, Selangor Darul Ehsan RM1,500
Naib Johan SMK Jelai, Negeri Sembilan Darul Khusus RM1,000
Tempat Ketiga SMK Ghafar Baba, Melaka RM750

 

*Setiap pemenang akan mendapat plak, sijil pencapaian dan replika cek.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anugerah3k.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Pengakuan Zamani: Walau Maruah Tercalar Sanggup Tolak Ego

Jom Belayar Bersama Star Cruises Atas Kapal SuperStar Gemini