in , ,

Aaron Aziz & Fasha Sandha Kembali Bersatu Dalam Drama Bersiri TENTANG HATI 2

Pernah mencipta fenomena yang tersendiri ketika disiarkan sekitar tahun 2014, drama bersiri “Tentang Hati” gandingan pelakon hebat Aaron Aziz dan Fasha Sandha kini kembali menemui penonton mulai 15 September lalu, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam di TV2 menerusi “Tentang Hati 2”.

26 episod arahan MP Roslin Mohd Sharif terbitan Global Station Sdn Bhd ini mengisi slot Selekta Prima yang menjanjikan tayangan drama-drama bersiri terbaik khas untuk penonton setia saluran RTM.

TENTANG HATI 2

Aaron Aziz dan Fasha Sandha Kembali Bersatu Dalam Drama Bersiri TENTANG HATI 2

[dropcap]T[/dropcap]urut menampilkan pelakon Sherry Ibrahim, Rusdi Ramli, dan Syakilla Khoriri, kesinambungan plot kisahnya berkisar tentang watak Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.

Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.




[pullquote align=”right”]Jangan lupa untuk menonton gandingan terbaru Aaron Aziz dan Fasha Sandha dalam TENTANG HATI 2 mulai 15 September lalu, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam di TV2.[/pullquote]

Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.

Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.

Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?

TENTANG HATI 2

TENTANG HATI 2

TENTANG HATI 2

TENTANG HATI 2

TENTANG HATI 2

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haziq Rosebi Kongsi Gambar Anak lelaki Yusuf Zidane di Instagram

Yang Menarik Tentang BINTANG KECIL 2016 Peringkat Kebangsaan