in

Temubual Eksklusif Bersama Forteen

Kalau sebelum ni, negara kita ada Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge, sekarang Budiey perhatikan dah tak ramai kumpulan paduan suara wujud. Namun, terbaru kumpulan vokal yang Budiey jumpa semasa pelancaran KRU TV telah muncul di persada seni suara. Empat remaja muda trang tang tang ini menamakan diri mereka Forteen yang mana bakat mereka dicungkil oleh Edry Abdul Halim.

Forteen yang membawa maksud untuk remaja dianggotai oleh empat jejaka iaitu Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 22, (Ariz), Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 22, (One), Mohamad Arif Ameerais Azhar, 21, (Ameer) dan Muhammad Izzul Islam Mazlan, 21 (Izzue Islam). Dalam ramai-ramai ni, Budiey hanya kenal dengan Rizu yang dulunya pernah masuk program realiti popular One In A Million (OIAM) musim ketiga.

forteen

Forteen sekarang ini sedang hangat dengan lagu single pertama berjudul Berdua Bersatu yang semakin popular di radio-radio.

Baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Forteen…

1. Apa kelainan Forteen dari segi imej dan lagu berbanding dengan grup yang lain?
Imej Forteen lebih fokus kepada unsur-unsur formal dan digabungkan menjadi formal dan casual. Lagu single terbaru kami, Berdua Bersatu pula bergenrekan pop balada dan melodinya senang untuk didengar dan dinyanyikan bersama terutama untuk golongan remaja zaman sekarang.

2. Sejauh mana keunikan Forteen ini dapat memberi warna pada industri yang bakal bersaing dengan ramai penyanyi berkumpulan di luar sana?
Sebagai artis semestinya kami ingin bertahan sampai ke akhir hayat kami. Ini kerana kami hidup atau bernafas dengan muzik dan muzik dan jiwa kami tidak boleh dipisahkan. Mmang sudah diduga persaingan itu sentiasa ada dan positifnya perlu ada. Jadi kita kena selalu mengeluarkan sesuatu yang baru dan segar mengikut peredaraan masa bersesuaian dengan trend terkini.

3. Dalam ramai-ramai vokalis, siapa yang banyak mengetuai vokal grup ini?
Untuk single Berdua Bersatu ni kebanyakkan vokal diberi kepada ONE dan ARIDZ.

4. Ceritakan serba sedikit mesej, asal usul bagaimana lagu terbaru ini boleh dirakamkan?
Pada mulanya, kami diberi tiga lagu pilihan untuk menjadi single kami, Berdua Bersatu adalah salah satu daripadanya. Setelah berbincang kami memutuskan untuk memilih lagu berdua bersatu dan terus membuat keputusan untuk dirakamkan lagu ini.

5. Apakah visi Forteen? Di mana Forteen akan berada 5 tahun akan datang?
insyaalah kami masih merada di dalam industri Malaysia. Kami menganggap kumpulan KRU adalah mentor kami di mana mereka masih bertahan sehingga sekarang.

6. Bagaimana kalian jaga ikatan dan hubungan sesama ahli kumpulan agar tak berpecah?
Sebagai sebuah kumpulan, sebarang perkara atau permasalah yang timbul kami jadikan perbincangan sebagai asas penyelesaian. Kesemua ahli kumpulan bebas untuk bersuara, kesimpulan dan jawapan kepada penyelesaian kami jadikan sebagai keputusan bersama. Kami senang dan serasi sebagai sebuah kumpulan, jadi tiada isu atau sebab untuk kami berpecah.

7. Pendapat Forteen tentang perkembangan muzik sekarang ini?
Okay, setakat ini sepeti yang kita lihat, rancangan realiti tv semakin banyak dan bakat-bakat baru pun semakin bertambah. Jadi dari situ kita dapat lihat yang industri kita semakin berkembang.

8. K-Pop muzik jadi trend di Malaysia, tak nak tukar imej kepada K-Pop?
Kami sentiasa dikaitkan dengan K-pop atau nama sebenar korean pop, sedangkan music pop itu sesuatu yang universal bermaksud setiap artis bebas dalam cara mereka untuk berkarya. Sebenarnya kami tiada persamaan langsung dengan K-pop, di mana kami lebih mengemukakan vocal bukan tarian. Lagi pun kami lebih suka artis berkumpulan yang mengutamakan vocal sebagai pengaruh kami seperti V.E, Westlife dan lain-lain.

9. Harapan Forteen?
Harapan Forteen semestinya kami nak bertahan sampai ke akhir hayat kami. Kami berharap jugak rakyat Malaysia dapat memberi sokongan penuh kepada kami sampai bila-bila secara tidak langsung dapat membantu industri muzik tanah air dan memartabatkan lagi ke peringkat antarabangsa.

10. Perkembangan terkini Forteen?
Sekarang ini kami sedang giat menjalani promosi untuk single Berdua Bersatu dan beberapa undangan persembahan di luar sana. Alhamdullilah, kami menerima sambutan dan respon yang baik dari peminat melalui single pertama ini. Sekiranya segalanya berjalan lancar mengikut perancangan, insyallah Forteen akan muncul dengan single kedua dan ini menjadi tanda penghargaan kami khas buat peminat.

Kepada peminat yang ingin mendapatkan lagu Berdua Bersatu, lagu ini turut dimuatkan ke dalam album kompilasi OMG GEMPAK terbitan KRU Studios. Album ini sudah berada dipasaran dan boleh di dapati di cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar TV3 Kids Parade & Cake Day 2011

Cara Senang Buka Bisnes di Usahawan.com