in , ,

Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak

Selepas berjaya membuka mata dan kesedaran para penonton mengenai kisah benar pesalah Juvana, telemovie khas sempena sambutan Aidilfitri ‘Karlos Bolos’ bakal meneruskan kesinambungan dari drama siri slot Aksi ‘Karlos’. Namun kisah yang akan ditampilkan ini bukanlah sequel dari penamat drama siri lalu tetapi prekuel di mana Karlos dan Kenji pernah meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima.

[dropcap]M[/dropcap]enerusi produksi Frontrow Pictures Sdn Bhd, sutradara Feroz Kader sekali lagi bekerjasama dengan penulis skrip, Sofia J Rhyland. Menampilkan gandingan pelakon hebat iaitu Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Tiz Zaqyah, Zizan Razak, Rusdi Ramli, Namron, Sherlie Merlis, Dira Abu Zahar dan Jay Iswazir, telemovie ‘Karlos Bolos’ ini menemui penonton pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam.

Karlos Bolos (7)

[pullquote align=”right”]Berjayakah Karlos Dan Kenji Menjejaki Sunny Dan Cuwie?[/pullquote]

Kisah bermula setelah 18 bulan berada di Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima, Karlos (Johan As’ari) dan Kenji (Syazwan Zulkifly) sedang membuat persiapan untuk pertandingan pidato dan melakukan kajian dengan mencari maklumat di akhbar. Ketika membuat kajian, Kenji telah ternampak sesuatu yang sangat menarik perhatiannya di dalam akhbar. Artikel yang dipaparkan adalah mengenai seorang artis yang diberkas kerana mabuk di kelab malam. Yang diperhatikan oleh Kenji sebenarnya adalah gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Selepas dipujuk, barulah Kenji menceritakan perkara sebenar bahawa ibunya adalah seorang pelacur dan Sunny merupakan bapa ayamnya. Sunny juga bertanggungjawab memisahkan Kenji dari ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar). Tiba-tiba terkeluar dari mulut Kenji cadangan yang gila. Dia mahu keluar dari pusat tersebut untuk mencari Sunny. Mungkin dia boleh menyelamatkan ibunya yang berada entah di mana.

Karlos dan Kenji meloloskan diri dari pusat pada tengah malam dan tanpa disedari oleh pelatih lain. Oleh kerana terdesak tiada kereta yang hendak berhenti untuk mereka, Karlos dan Kenji bergegas ke stesen petrol. Kebetulan pada waktu itu, Ella (Tiz Zaqyah) dalam perjalanan hendak ke Kuala Lumpur dan dia berhenti sebentar untuk mengisi minyak. Karlos dan Kenji menggunakan peluang ini untuk mengugut membunuh Ella jika dia tidak memenuhi kehendak mereka.

Kenji mengarahkan Ella untuk memandu terus ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, Ella bukanlah seorang yang bodoh, dia secara rahsia telah menghubungi pihak polis menerusi aplikasi my distress alert di telefon bimbitnya. Walaupun tidak bercakap tetapi pihak polis mengetahui apa yang sedang berlaku dan mereka cuba mengesan nombor telefon Ella.

Tindakan Ella berjaya dikesan oleh Kenji yang kemudiannya merampas telefon bimbit Ella. Suasana menjadi lebih tegang apabila Ella bertindak memandu kereta dengan laju. Harapan Ella agar kamera Automated Enforcement System (AES) dapat merakam atau polis trafik akan mengesannya. Kenji sedar dan dia cuba mengawal stering hingga kereta mereka terbabas.

Pada waktu yang sama, kehilangan Karlos dan Kenji disedari oleh ketua dorm ketika melakukan dorm inspection. Ketua dorm memaklumkan kepada warden seterusnya berita ini disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan mencari dua remaja ini dikerah, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk memberi maklumat kepada pihak polis. Inspektor Mahadhir yang pernah menangkap Karlos dan Inspektor Azi (Rusdi Ramli) yang pernah menangkap Kenji berpadu untuk memburu dua pelatih Pusat Pemulihan Akhlak Teluk Panglima ini.

Berjayakah Karlos dan Kenji dalam pencarian mereka menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di kotaraya Kuala Lumpur? Atau tindakan gila dua remaja ini menjadi sia-sia dan hukuman berat menanti mereka? Nantikan ‘Karlos Bolos’ pada Hari Raya Pertama (8 Ogos) jam 9.00 malam di TV3! Jika terlepas menyaksikan telemovie ini di televisyen, penonton juga boleh menonton menerusi ‘catch-up TV’ dalam tempoh 14 hari menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Layari laman web rasmi TV3 di www.tv3.com.my/anugerahsyawal dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia untuk berita terkini. Pengguna laman sosial Twitter boleh menggunakan ‘hash tag’ (#AnugerahSyawal) bagi memeriahkan sambutan Syawal nanti. Selain menonton di TV3, penonton juga boleh menyaksikan program-program Raya menerusi www.tonton.com.my

Karlos Bolos - Tiga Pelakon Utama Karlos Bolos, Syazwan Zulkifly, Johan Asari Dan Tiz Zaqyah

Karlos Bolos - Tiga Pelakon Utama Karlos Bolos, Syazwan Zulkifly, Johan Asari Dan Tiz Zaqyah (2)

Karlos Bolos - Tiga Pelakon Utama Karlos Bolos, Syazwan Zulkifly, Johan Asari Dan Tiz Zaqyah (1)

Karlos Bolos (1)

Karlos Bolos (2)

Karlos Bolos (3)

Karlos Bolos (4)

Karlos Bolos (5)

Karlos Bolos (6)

Karlos Bolos (8)

Karlos Bolos (9)

Karlos Bolos (10)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Maxis Sempena Aidilfitri 2013

Senarai Penuh Telemovie Terbaik Sepanjang Raya di TV3