in ,

Sinopsis Telemovie JANJI Lakonan Namron & Aida Aris

Kisah keluarga yang terpisah kerana angkara jenayah melatari plot kisah telemovie khas hari bapa yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Citra di TV2. Kisah bagaimana kesungguhan seorang ayah cuba menebus kembali kesilapan lama yang pernah dilakukannya semata-mata mahu meyakinkan anaknya tentang kasih sayang seorang ayah kepada anak yang tiada sempadan.

Telemovie JANJI

Citra Hari Bapa Telemovie “Janji” Pada 20 Jun Ini Di TV2

Menampilkan lakonan mantap pelakon berpengalaman Namron, Aida Aris, dan Arash Mohammad selain turut dibantu oleh Ezzrin Loy juga Shazleen Arsha, telemovie bertajuk “Janji” ini bakal menemui penonton pada 20 Jun ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Sama-sama menyorot kisah berlaku selepas 15 tahun di penjara, Amran dibebaskan dan kembali ke kampung untuk memulakan kehidupan yang baru bersama keluarganya. Dia begitu merindui keluarganya dan menyesal dengan kesalahan yang pernah dilakukannya hingga mengheretnya ke penjara.

Dia berusaha menjejaki bekas isterinya kerana rindu untuk berjumpa dengan anak-anaknya. Di sana dia berjaya menemui Munira, bekas isterinya tetapi Munira meminta dia untuk tidak mengganggu mereka lagi.

Tanpa putus asa Amran mengekori Munira ke rumah dan akhirnya dapat melihat anaknya, Haikal. Amran juga diberitahu anaknya Yuni telah meninggal dunia. Setelah Munira mengetahui Amran dihidapi penyakit limfoma, dia merancang supaya Haikal menghabiskan cuti semester bersama Amran di kampung.

Pada masa itu Munira telah menjalinkan hubungan cinta dengan Izman, seorang lelaki yang kelihatan berjaya. Di kampung ayahnya, Haikal bertemu dengan Tasha dan neneknya Mak Mah yang memasak untuk dia dan ayahnya.

Pada mulanya Haikal tidak begitu senang tetapi selepas beberapa ketika dia mula rapat dengan Tasha. Suatu hari Haikal diculik dan kebetulan Tasha sedang menelefon Haikal. Dia sempat mendengar perbualan penculik yang dikenalinya lalu diberitahu Amran.

Amran segera ke tempat kawan-kawan lamanya dan menemui Haikal dan Munira. Rupa-rupanya dalang disebalik segala perbuatan jenayah selama ini adalah orang yang dikenali mereka. Dia berpura-pura baik untuk memenuhi niat jahatnya. Namun siapakah orangnya?

Telemovie JANJI

Telemovie JANJI

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar RAYA KASIH & CINTA Bersama Fattah Amin & Nur Fazura

RTM Ada 67 Program Aidilfitri Bertemakan Sucikan Hati, Salam Aidilfitiri