in

Telemovie Engkau Laksana Bulan Lakonan Nadiya Nisaa

Telemovie “Engkau Laksana Bulan” Temukan Shukri Yahya dan Nadia Nisa, Arahan Erma Fatimah di TV1

Turut bertanding dalam Anugerah Tribute P.Ramlee yang bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 19 April depan, telemovie bertajuk “Engkau Laksana Bulan” antara yang bakal memberikan saingan sengit 13 telemovie yang bertanding.

Karya arahan Erma Fatimah yang mengetengahkan pelakon Syukri Yahya, Nadia Nisa, Beego, Norish Karman, Esma Danial dan Zarina Zainuddin ini menemui penonton pada 12 April ini, pukul 10.30 pagi di TV1.

Drama ini berkisar perjalanan cerita watak utama yang berdepan dengan kisah cinta yang tidak kesampaian dek kerana halangan keluarga.

Ridz yang merancang dengan Nilam, menghantar rombongan merisik ke rumah Nilam. Namun dibatalkan kerana ayah Nilam yang dahulunya ingin memperisterikan ibu Ridz tidak kesampaian lau membatalkan ikatan perkahwinan anak-anaknya.

Pelbagai cara dilakukan oleh ayah Nilam semata-mata mahu menghalang mereka meneruskan ikatan tersebut. Hingga dia sanggup melakukan apa sahaja tindakan meskipun ianya melanggar undang-undang. Malah dia tidak mahu langsung mendengar penjelasan keduanya.

Ridz kemudiannya nekad mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama Nilam. Namun segalanya musnah apabila rancangan mereka dapat ditangkap oleh ayah Nilam.

Ayah Nilam telah menfitnah pemuda itu cuba melarikan dan mencabul anaknya. Nilam begitu kecewa dengan ayahnya dan membuatkannya merana. Ridz yang tidak bersalah kemudiannya dipenjarakan dan Nilam dipaksa berkahwin dengan Danial, anak kawannya.

Perkahwinan Nilam dan Danial yang tanpa rasa cinta akhirnya menimbulkan keadaan huru hara. Nilam bertegas tidak mahu Danial menyentuhnya dan membuat apa sahaja perkara menyakitkan hati Danial. Danial yang pada mulanya bersabar tidak mampu untuk terus bertahan. Bila segalanya diadukan kepada ayah mentuanya dia diminta bersabar.

Satu hari Nilam dan Danial bergaduh besar. Danial tanpa sengaja telah bertindak melempar barang ke arah cermin almari dan menyebabkannya pecah. Serpihan kaca cermin tersebut telah mengenai tepat ke mata Nilam. Nilam buta akibat peristiwa tersebut.

Tiba masanya Ridz dibebaskan dan terus mencari Nilam dan ingin membawa Nilam lari. Namun ayah Nilam mengamuk dan cuba menembak Ridz tetapi dihalang Nilam dan terkena tembakan. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Adakah masih ada ruang cinta dua hati ini bersatu atau ajal yang memisahkan mereka? Saksikan kesudahannya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video EXO, GST & MISS A Menjadi Trending di Youtube Malaysia

Fatiya Latiff & Fattah Amin Dalam Drama Bersiri BENCINTA