in , ,

Telemovie Diari Kampus Biru Lakonan Tomok & Fita Angela

Telemovie “Diari Kampus Biru” Temukan Tomok Dengan Heroin Indonesia, Fita Angela Di TVi

Optimis dengan prospek bidang lakonan yang mula diceburinya tanpa mengetepikan kerjaya utamanya sebagai penyanyi, meletakkan penyanyi terkenal Tomok menerima tawaran bergandingan dengan heroin cantik Indonesia bernama Fita Angela.

Nyata ada sentuhan kelainan yang cuba dibawakan dalam drama bertajuk “Diari Kampus Biru” bakal menemui penonton TVi (Saluran 180 Astro) pada 6 April 2013 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari yang mengangkat latar kisah bibit-bibit percintaan penuntut IPT ini.

Menariknya drama mendapat suntikan pengarah Murali Abdullah dan skrip Nassarudin Abdul Rasif@ Ramli oleh ini membawa penonton menghayati keindahan permandangan indah lokasi penggambaran di Bandung, Sumatera Utara Indonesia selain lokasi utama penggambarannya dijalankan di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan sekitar negeri Kedah.

“Diari Kampus Biru” merupakan sebuah sinetron ringkas hubungan percintaan antara pelajar di sebuah universiti di Malaysia dan Indonesia iaitu Zakhrul lakonan Tomok bergandingan dengan Aisha, dibawakan wataknya oleh pelakon Fita Angela yang berdepan dengan pelbagai konflik antara penerimaan keluarga, penolakan atmosfera masyarakat dan paradoks cinta sayang dan benci yang merentasi dua negara.

Lagu tema bertajuk Metafora lagu Cintaku Di Indonesia nyanyian Tomok juga dipilih menjadi lagu latar drama ini membuktikan penghargaan kepada peminat yang banyak menyokong kerjayanya selama ini.

Bercerita mengenai watak Tomok selaku penyandang watak utama, Zakhrul, mainan emosi, perasaan dan jiwa perlu dizahirkan dari dalam dirinya. Tomok turut menambah, “Watak Zakhrul merupakan cabaran yang berat bagi saya kerana ada beberapa babak yang perlukan saya menangis.

“Tapi, InsyaAllah dengan bimbingan daripada pengarah, krew produksi dan pelakon-pelakon lama seperti Wan Maimunah dan Wan Nor Azlin, saya harap dapat memberikan hasil yang terbaik,” katanya.

Telefilem ini diterbitkan sepenuhnya oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) hasil ilham Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak menerusi Uniutama Management Holding Sdn. Bhd. iaitu syarikat milik penuh UUM sendiri.

Kolaborasi Tomok dan UUM hakikatnya bukan baru pertama kali terjalin. Sebelum ini Tomok juga pernah ke Palembang, Indonesia untuk sesi promosi UUM kepada penuntut di sana.

“Sebelum ini saya pernah ke Palembang untuk mempromosikan kampus UUM, selain membuat persembahan serta temu bual TV dan radio di sana pada tahun lalu, dalam masa yang sama saya sempat mempromosikan lagu-lagu saya,” katanya yang optimis dengan prospeknya dalam bidang lakonan.

Selain Tomok dan Fita Angela, drama ini turut dibintangi oleh Wan Maimunah, Wan Nor Azlin, Muaz, Nurul Aini, Lee Yeen Nee dan Saiful Amir.

tomok dalam diari kampus biru-001

fita angela dan tomok telefilem diari kampus biru-001

uum diari kampus biru (1)-001

babak percintaan dalam drama ini-001

poster Diari Kampus Biru-001

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNIQLO’s Spring Summer 2013 Collection

Mojo Terima Anugerah di Hong Kong Asian-Pop Music Festival 2013