in

Telemovie Bunga Rampai Musim Tengkujuh

Isu ‘Cina Buta’ Dalam Telemovie Bunga Rampai Musim Tengkujuh Di TV1

Persediaan menyambut ulangtahun hari lahir Jamal bertukar menjadi tragedi dan buat pertama kali isterinya, Mardhiah meninggikan suara kepada Jamal sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan besar sehingga Jamal melafazkan cerai ‘talak tiga’ kepada Mardhiah.

Tindakan Jamal itu turut dikesali oleh Bob, kawan baik dan rakan niaga Jamal. Jamal pula sebaik sahaja bercerai mula ‘gila talak’. Dia sering mencari Mardhiah dan minta rujuk kembali. Mardhiah cakap dengan Jamal mereka tidak boleh lagi hidup bersama kerana Jamal sudah menceraikannya dengan ‘talak tiga’. Jamal menjadi separuh sasau dan siang malam menghubungi Mardhiah.

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH3

Bob memberikan satu-satunya idea untuk kembali kepada Mardhiah dengan ‘mencipta’ perkahwinan iaitu ‘Cina Buta’ iaitu perkahwinan antara Mardhiah dengan Harun. Harun adalah lelaki yang dipilih kerana Harun tidak berapa cerdik.

Plot kisah menarik yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita ini melatari drama menarik Bunga Rampai Musim Tengkujuh disiarkan pada 30 April 2011, jam 9.00 malam mengisi plot Panggung Seri di TV1.

Menyaksikan Nasrul Suhaimin atau lebih dikenali sebagai Bront Palare muncul membintangi watak utama seorang suami bernama Jamal yang gila talak setelah menceraikan isterinya, Mardhiah lakonan Balkish Semundur Khan. Drama ini turut dibintangi oleh Azman Nor yang membawakan watak pemuda ’bodoh-bodoh alang’ yang dijadikan suami ’cina buta’ dalam perhubungan mereka.

Bob memberikan satu-satunya idea untuk kembali kepada Mardhiah dengan ‘mencipta’ perkahwinan iaitu ‘Cina Buta’ iaitu perkahwinan antara Mardhiah dengan Harun. Harun adalah lelaki yang dipilih kerana Harun tidak berapa cerdik.

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH1

Harun, seorang anak nelayan kecil yang hidup serba sederhana bersama ibunya Molek. Dalam pertemuan itu juga, Harun memberitahu dia sedang mencari kerja sambilan untuk dilakukan sepanjang bulan November dan Disember kerana sepanjang dua bulan itu dia tidak boleh turun ke laut kerana musim tengkujuh. Dia juga memerlukan duit untuk membiayai pembedahan mata ibunya yang dijangka akan dibuat pada bulan Januari. Harun bersetuju dengan upah RM5,000.

Molek terkejut dengan kepulangan Harun dan Mardhiah. Dia begitu bimbang kalau-kalau Salim membawa lari anak dara orang. Mardhiah cakap dengan Molek bahawa dia berkahwin dengannya secara sah dan mereka akan mendaftar perkahwinan mereka dengan jabatan agama Islam dalam sehari dua lagi.

Kehidupan Mardhiah mulanya kelam kabut dek perangai Harun dan sifat Harun yang agak betul bentul. Mardhiah juga terpaksa hidup dikampung kekurangan. Jamal makin gelisah dan seperti cacing kepanasan apabila Harun masih belum ceraikan Mardhiah. Dia segera pergi mencari Harun.

Jamal ke kampung Harun dan berjumpa dengan Harun sekeluarga. Jamal menuntut janji. Molek begitu terkejut dan marah dengan Harun. Mardhiah cakap dengan Molek supaya jangan marahkan Harun, semua ini angkara Jamal. Dia memang tak nak kembali kepada Jamal sebab itulah dia setuju kahwin dengan Salim. Dia berharap akan dapat membina hidup baru dengan Salim.

Jamal bertengkar dengan Harun tetapi akhirnya Molek yang terbunuh akibat terbaling buah kelapa. Jamal kembali ke ibu kota dengan kesedihan dan kegagalan. Lalu bagaimanakah kesudahan nasib Jamal? Adalah Mardhiah memilih untuk terus menjadi isteri kepada Harun atau pun sebaliknya?

BUNGA RAMPAI MUSIM TENGKUJUH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Promo Cita & Cinta TV9

Drama Jam Lif Ke Cinta Lakonan Jue Aziz & Pekin