in , ,

Telemovie 7 Lagu Lakonan Farid Kamil Tiz Zaqiah Emelda

Telemovie 7 Lagu, sebuah drama bergenre drama misteri berdurasi 90 minit arahan Kabir Bhatia lakonan hebat dari Farid Kamil, Emelda, Tiz Zaqiah, Sofi Jikan, Corrie Lee, Azhan Rani, Fazley dan Kuza.

Telemovie 7 Lagu telah disiarkan di Astro Citra pada 27hb Jan 2011 lalu di saluran 131 (Astro Citra). Menggabungkan drama tragis dan misteri bersama dengan 7 buah lagu yang digubah khas untuk telemovie ini. Dinyanyikan oleh Akim dan Ain AF.

Kabir Bhatia

KABIR BHATIA

Sinopsis Telemovie 7 Lagu
Seorang komposer muzik, Farhan telah disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana membunuh bekas kekasihnya, seorang penyanyi bernama Tania dan tunangnya, tetapi mengaku tidak bersalah.

Sekarang Farhan memerlukan Sabrina, peguam belanya, untuk membuktikan dia tidak bersalah atau dia akan dihukum gantung sampai mati. Melalui 7 Lagu, Sabrina mengenali Farhan.

7 Lagu

Farid Kamil

Farid Kamil memegang watak pemuda bernama Farhan, bekerja sebagai komposer. Seorang pendiam, pemalu, sangat meminati muzik. Dituduh membunuh Tania dan tunangnya.

Emelda Rosmila

Emelda memegang watak seorang peguam bernama Sabrina. Cuba membela Farhan dan membuktikan dia tidak bersalah.

Tiz Zaqiah memegang watak seorang penyanyi bernama Hajar/Tania. Dia popular dan cantik. Rakan sepermainan Farhan ketika belasan tahun.

Sofi Jikan memegang watak bekas pelanggan Sabrina bernama Effendi. Seorang pembunuh.

Corrie Lee memegang watak Dagu, seorang majikan kepada Farhan, semasa dia hidup merempat di jalanan.

Azhan Rani memegang watak Jalut. Menjadi musuh kepada Dagu.

Fazley memegang watak Mansor, seorang rakan guam kepada Sabrina.

Kuza memegang watak Mak Teh, seorang ibu saudara kepada Farhan yang mati dibunuh ketika dia berusia 10 tahun.

7 Lagu

7 Lagu

7 Lagu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Artis Puas Hati dengan Aquila Emas

Anugerah Seri Angkasa 2010