in

Telefon Bimbit Android OPPO N1 Bakal Dilancarkan

OPPO Electronics Corp, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar antarabangsa muncul kali pertama di Malaysia dengan melancarkan OPPO N1 iaitu telefon bimbit Android perdana keluarannya. Pelancaran akan diadakan pada 18 Februari 2014, hari Selasa ini di Kuala Lumpur Convention Center pada jam 4 petang.

OPPO merupakan suatu jenama teknologi berdaftar di peringkat global yang telah bertapak di Amerika Utara dan Asia. Setelah memasuki pasaran telefon mudah alih pada tahun 2008, OPPO Electronics kini mempunyai rangkaian pejabat di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Mexico. Syarikat juga mempunyai sebuah pejabat di Amerika Syarikat, di mana syarikat ini memasarkan rangkaian produk blu-ray keluarannya.

oppo-n1

“Malaysia adalah sebuah pasaran yang menarik buat kami. Rakyatnya celik teknologi dan sentiasa mencari-cari reka bentuk yang memikat dan ciri-ciri canggih untuk aplikasi telefon bimbit mereka. Kami yakin OPPO adalah pilihan yang tepat oleh kerana tumpuan utama kami ialah memenuhi keperluan pelanggan. Kami sebuah syarikat muda dan inovatif yang membangunkan peranti supaya setiap pengguna beroleh pengalaman unik tanpa mengorbankan ciri-ciri mudah dan ringkas. Apa yang menjadikan syarikat kami berbeza adalah dari peringkat mula lagi, kami berikrar tidak akan menjadi suatu jenama yang biasa-biasa sahaja,” kata William Fang, Ketua Pegawai Eksekutif Elektronik OPPO.

Kemunculan OPPO di Malaysia Lancarkan telefon pintar N1 perdana dan tiga lagi model telefon pintar

[dropcap]M[/dropcap]engenai OPPO N1, beliau berkata lebih daripada 1,500 jurutera terlibat dalam proses penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta telefon pintar termaju. Kumpulan jurutera syarikat menghasilkan 200 aplikasi paten setiap bulan bagi aplikasi teknologi, ini meletakkan OPPO di antara 10 syarikat paling produktif daripada segi inovasi teknologi.

“Lazimnya, kami memerlukan tempoh penyelidikan 9-12 bulan untuk menghasilkan sebuah telefon pintar tetapi bagi N1 kami ambil masa 18 bulan bagi Penyelidikan & Pembangunan. Sesetengah komponen telefon kami dihasilkan di peringkat syarikat, dan unit-unitnya menjalani pelbagai ujian termasuk keadaan suhu, kelembapan dan cuaca sebelum boleh dipasarkan,” jelas Pengurus Produk, Haifeng Wang.

OPPO N1, model perdana dalam siri N menampilkan skrin paparan 5.9-inci 1080p, Snapdragon 600, RAM2GB, storan 16GB, dan kamera 13MP pengenalan yang boleh berputar. Ciri paling menonjol bagi OPPO N1 ialah kameranya, yang boleh berputar sehingga 206 darjah dan boleh dikunci pada mana-mana sudut.

“Keistimewaannya ialah pelanggan tidak lagi terpaksa membuat pilihan antara mengambil selfie dengan kamera depan berkualiti rendah atau dengan kamera belakang berkualiti tinggi tetapi menangkap gambar secara membuta tuli. Sekarang ini kita hanya perlu memutarnya dan menangkap gambar yang kita ingini dengan kamera yang sama”, kata Pengurus Jenama, Lu Chen.

Panel O-touch di bahagian belakang N1 boleh membuka mod gambar tanpa menyentuh skrin, dan mengambil gambar dengannya. Telefon ini juga mempunyai remote O-Click mesra gelang kunci untuk fungsi pengendalian dan pengawalan luar peranti, termasuk pengendalian kamera secara remote. Ia disambungkan tanpa wayar kepada telefon pintar melalui Bluetooth, dan disetkan pada sambungan bunyi penggera pada telefon dan O-Click untuk menolong mencari N1 atau O-Click yang tersalah letak. Harga N1 ini ialah RM1798.

OPPO N1 juga mencipta nama sebagai yang pertama mempunyai ciri Color OS, dan telefon ini mempunyai lebih 400 penambahbaikan reka bentuk unik dan 37 paten unik dalam OS untuk kadar kebolehgunaan tinggi dan rupa artistik. Ciri-ciri unik Color OS’ membolehkan pelanggan melukis atas skrin dengan satu jari, menghidupkan suis telefon, dan kamera dengan mudah. Color OS boleh diaktifkan dengan sentuhan jari sahaja dan ia boleh mengecam gerak isyarat.

“Contohnya, dengan satu jari anda boleh menghidupkan suis telefon/denyar, dua jari untuk mengawal volum, dan tiga jari untuk screen shoot. Dengan menggunakan lebih daripada tiga jari, anda boleh hidupkan kamera, dan ini disebut gerak isyarat berbilang jari N1,” kata lagi Haifeng Wang

Serentak dengan itu, syarikat turut memperkenalkan Find 5 Mini, R1 dan OPPO Neo. Ketiga-tiga telefon ini mempunyai keistimewaan dan manfaat tersendiri disasarkan kepada segmen pelanggan yang berbeza-beza.

OPPO Find 5 Mini mempunyai skrin 4.7-inci dengan 960 x 540p resolusi, pemproses quad-core 1.3GHz, 1GB RAM dan 4GB ROM. Ia mempunyai 2000mAh bateri dimuatkan dalam badan berukuran tebal 7.75mm. Telefon mempunyai kamera belakang 8 megapiksel f/2.0, berserta kamera depan 2 megapiksel. Color OS pada OPPO adalah daripada Android, yakni berasaskan Android v4.2 Jelly Bean.

Dengan barisan spesifikasi yang hebat ini, OPPO R1 menawarkan paparan 5-inci IPS dengan resolusi 1280 x 720 piksel dengan pemproses quad-core 1.3GHz dan RAM 1GB. Telefon bimbit ini berukuran 142.7 x 70.4 x 7.1mm dari segi saiz dan hanya 140 gram berat. OPPO R1 juga mempunyai kamera belakang 8MP dengan apertur f2.0 serta juga kamera 5MP menghadap depan untuk panggilan video. Lain-lain spesifikasi utama OPPO R1 ialah storan dalaman 16GB, WiFi, Bluetooth, TD-SCDMA/GSM, Android 2.2 Jelly Bean.

Disasarkan kepada pasaran peringkat bawahan, OPPO Neo mempunyai saiz skrin 4.5 inci dengan paparan IPS resolusi 854 x 480 piksel. Telefon ini digerakkan oleh pemproses1.3GHz dual-core dengan RAM 512MB. Telefon digandingkan dengan kamera belakang 5 megapiksel dan kamera muka depan 2 megapiksel, dan menggunakan sistem Android 4.2 Jelly Bean dengan antara muka pengguna Color OS dan Quick reach gesture untuk mengendalikan telefon. OPPO Neo juga mempunyai ciri tunggu sedia dwi-SIM dan mempunyai kapasiti bateri 1,900 mAh dalam badan berukuran 132 x 65.8 x 9.2mm, dan beratnya 130g.

Dengan pelancaran empat jenis telefon bimbit ini, William Fang berkata bahawa OPPO, yang bemaksud ‘sahabat’ atau ‘teman’, berharap dapat berkawan baik dengn lebih 42 juta pelanggan telefon bimbit di Malaysia, yang merupakan 143% daripada kadar penembusan telefon mudah alih di negara ini.

Latar belakang OPPO
OPPO Electronics Corp. ialah sebuah syarikat pembuat elektronik antarabangsa. Barisan keluaran utamanya antara lain adalah pemain Disk DVD Blu-ray dan telefon bimbit. OPPO merupakan jenama teknologi yang berdaftar di peringkat global.

Pada tahun 2008, syarikat meneroka pasaran telefon bimbit. Telefon pertama keluarannya ialah telefon senyum. Suatu pakatan strategik dengan RealNetworks mempopularkan telefon muzik siri Real.

Kejayaan telefon senyum diikuti dengan Finder yang inovatif, telefon bimbit paling nipis pada ketika itu dalam industri. Find 5 muncul sebagai telefon pintar 1080p pertama di dunia, ini disusuli dengan edaran N1, model perdana dalam siri N. N1 menampilkan kamera berputar, O-click, O-touch dan menandakan era baru bagi OPPO.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Media Golf Temukan Perdana Menteri & Media

Jemput Masuk Cef Menampilkan Selebriti Popular