in , ,

Teka-teka Terjawab, Fasha Sandha Sah Hamil Lagi

Pelakon Fasha Sandha, 35, atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan mengesahkan diirinya kini sedang hamil. Berita ini disahkan selepas penampilan Fasha Sandha sebagai gadis dulang sewaktu menghadiri majlis pernikahan Elly Mazlein tempohari telah mengundang perhatian rakan artis dan netizen lantaran busana yang dipakainya jelas memperlihatkan baby bump. Tambahan pula, Fasha kelihatan nampak cantik berseri-seri menambahkan lagi spekulasi dia dah hamil. 

Namun Fasha berkata kepada Harian Metro pengalaman mengalami keguguran pada Jun lalu membuatkan dirinya masih fobia dan tidak akan berkongsi usia kandungannya.

“Maaf, sama seperti dulu, saya masih tidak mahu komen mengenai usia kehamilan saya. Minta peminat doakan yang baik-baik.

“Pengalaman beberapa kali pernah keguguran dulu membuatkan saya kurang bercakap mengenai perkara ini. Saya masih fobia atas pengalaman lalu,”

– Fasha Sandha

Menurut Fasha, dia sedang berehat daripada terbabit dalam penggambaran drama.

“Saya sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta,”

– Fasha Sandha

Terdahulu, Fasha yang berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada Mac lalu berkongsi berita kehamilan pada Mei.

Namun, Fasha diberitakan mengalami keguguran selepas pulang daripada berhari raya di rumah keluarga mentua di Rembau, Negeri Sembilan.

Sekali lagi, pada November lalu Fasha dikhabarkan hamil. Bagaimanapun, dia yang ditemui pada sebuah acara tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

Menerusi perkahwinan pertamanya, bintang jelita itu dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 5.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Majlis Akad Nikah Elly Mazlein Sah Jadi Isteri Mohamad Azlan

Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE GHOST BRIDE di Netflix