in

Teater Topeng-Topeng Karya Baha Zain @ DBP

Tajuk Teater ‘Topeng-topeng’ dipilih dari puisi Dato’ Baha Zain yang popular di mana isi dan maksud puisi ini diadikan tema skrip. Puisi-puisi beliau yang lain dipilih untuk menyokong dan membantu perkembangan tema dan plot teater ini.

topeng topeng

Sinopsis Teater Topeng-Topeng
“…Aku seharusnya berada di tengah kawan-kawan… atau berbicara dengan diplomat, profesor atau peguam…” – Baha Zain. Cerita berlaku di sebuah bistro yang selalu menjadi kunjungan beberapa orang profesional untuk melepaskan penat selepas seharian selepas bekerja di kantor. Kehadiran mereka merancakkan suasana di bistro pada suatu malam. Di bistro mereka bebas kerana dapat meninggalkan topeng yang dipakai untuk sementara waktu..
 
“…dalam gendang perang nanti malam akulah Rawana dengan topeng Hanuman.” – Baha Zain. Sedang mereka rancak berdebat sambil berpesta, Watak 1 mendapat berita kematian ibunya. Berita ini mengejutkan mereka dari khayalan dan omongan para pelayan di bistro itu.

Kematian membuatkan manusia sedar ada yang mengatur segalanya. Inilah yang dirasakan oleh Watak 1 ketika menerima khabar yang ibunya telah meninggal dunia sekali gus membawanya merenung kembali kehidupan yang telah dilaluinya.
 
“…ibu…aku telah mencuba…tapi…Tuhan lebih pintar dari ikhtiar manusia. Pada kebesarannya engkau kembali…”-
Baha Zain

TOPENG-TOPENG
Anjuran Stefani – Sanggar Teater Fauziah Nawi

TARIKH
8.30 malam
23-30 April 2008

TEMPAT
Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, 
Kuala Lumpur

KARYA
Baha Zain

ARAHAN
Fauziah Nawi

SKRIP & MUZIK
Iryanda Mulia

TIKET
RM30 & RM20 (dewasa)
RM10 (Student & kanak-kanak)

PARA PELAKON:
Wan Yuzaini Wan Yahya
Pelakon & penyanyi utama
Pelakon utama muzikal Orang Kota Baru & muzikal KLKu

Ard Omar
Pelakon Teater Dari Ipoh, Kali Kedua Bersama Stefani, Pertama Di Dalam Muzikal Klku.

Ashrin Abd Azim
Opera Ayu Cendana, Lorong Blues, KLKu.

Arfahjulaizah Ariffin
Penyampai Berita Tv RTM

Lain-lain pelakon dari bengkel teater Stefani
 
Informasi & tiket:
017-6797151 (Mokhtar )
016-3203897 (Anis)
012-2429621 (Chee)
Tel / fax 60342535393 (office)
Email: [email protected] / [email protected]
Blog: www.akulahrawana.blogspot.com

Gambar sekitar sesi latihan

[tags]ard omar, Wan Yuzaini, Wan Yahya, gambar skandal aeril, Remy Ishak comolot, Sator Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Arfahjulaizah Ariffin, Ashrin Abd Azim, comolot drama astro, harga tiket konsert af, teater stefani[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Noryn Aziz di Minggu Setiausaha Luncheon Special Hotel Quality

Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park