in , ,

Teater DIA SEMANIS HONEY MUZIKAL di Istana Budaya

Nampaknya, kerinduan peminat drama khususnya karakter Ahnaf Wafiy dan Hani Safira menerusi drama bersiri DIA SEMANIS HONEY bakal dipersembahkan dalam bentuk teater muzikal di Panggung Sari, Istana Budaya bulan depan.

Dia Semanis Honey-19

Apa yang Budiey dapat info, teater muzikal ini akan dipentaskan di Panggung Seri Istana Budaya selama 10 hari bermula 3 hingga 12 Januari 2017.

Dia Semanis Honey-08

Pada hari ni, Budiey hadir di sidang media pengumuman persembahan ini di Istana Budaya. Ramai pelakon yang hadir. Yelah kebetulan mereka pun menjalani sesi latihan di sini. Korang boleh tengok sendiri momen momen betapa susahnya mereka berlatih lakon tari dalam Instagram selebriti yang terlibat.

Tirai 2017 bakal menyaksikan pembukaan panggung Istana Budaya dan pastinya ramai menantikan kemunculan aura dari dua tonggak utama iaitu Alif Satar dan Siti Nordiana kembali beraksi dan Budiey jangkakan ia akan mengembalikan fenomena naskhah itu.

Dia Semanis Honey-14

Menurut Michael dia sedia maklum bahawa penonton setia drama Dia Semanis Honey mahu melihat paduan suara dua penyanyi itu dan dia akhirnya dapat merialisasikan impian mereka menerusi teater berkenaan.

“Apa yang boleh saya katakan banyak perkara istimewa yang akan kami tunjukkan dalam teater muzikal ini dan salah satunya lagu popular Memori Berkasih. Saya tahu ramai penonton bertanya kenapa Siti Nordiana dan Alif tidak menyanyikan lagu itu sedangkan lagu itu sering dimainkan dalam drama tersebut. Jadi untuk merialisasikan impian penonton maka untuk teater muzikal ini akhirnya peminat dapat mendengar dan melihat sendiri gabungan suara mereka berdua. Ini merupakan hadiah buat pengikut setia Dia Semanis Honey,”

Teater ini turut mengekalkan pelakon asal yang lain dalam drama bersiri popular itu seperti Nadya Syahera, Datin Nina Juren, Ahmad Fauzi, Aleza Shadan, Dafi Ismail dan Farez Ridzwan serta pelakon pembantu yang lain seperti Ungku Hariz dan Marsha Milan Londoh.

Dia Semanis Honey-06

Teater ini diterbitkan oleh Michael Ang arahan Dira Datuk Seri Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee.

Mencapai bilangan tertinggi dalam Top  Google Search bulan Mei dan trending di Youtube Malaysia sudah membuktikan drama ini menjadi fenomena.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM 40 hingga RM180 di laman sesawang www.airasiaredtix.com.

Dia Semanis Honey-15

Dia Semanis Honey-07

Dia Semanis Honey-09

Dia Semanis Honey-10

Dia Semanis Honey-13

Dia Semanis Honey-04

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Tinggalkan RUNNING MAN

Apple Music Memilih Anatomi Faizal Tahir Album Terbaik 2016