in , ,

Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

Ketika ramai yang hilang pekerjaan akibat penularan wabak COVID-19 seluruh dunia, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu membuka peluang buat mereka yang ingin mencari pekerjaan di bawah jenama perniagaan miliknya, BubbleBee.

Siapa sangka, saat dibuka tawaran tersebut ibu pejabat BubbleBee diserbu hampir 300 orang dalam satu masa yang sama dan ianya bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sambil lewa. Bagi Shuib, dia berasa gembira namun bercampur sayu melihat kesungguhan mereka yang hadir mencari peluang pekerjaan di BubbleBee.

Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

Menariknya, temuduga pelbagai jawatan yang menawarkan lebih 100 peluang pekerjaan itu mendapat sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada mereka yang berada di Kuala Lumpur sebaliknya ada yang datang dari negeri lain. Temuduga terbuka itu diadakan selama dua hari bermula 10 Jun lalu.

“Saya sendiri tidak menyangka sambutan yang diterima sangat luar biasa. Ibu pejabat yang terletak di Puchong, Selangor dipenuhi mereka yang berbaris panjang.

“Kalau 300 orang datang dan masing-masing duduk dengan jarak 1 meter, 3 kilometer juga tu,”

– Shuib Sepahtu
Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

Kongsi Shuib, dia terkesan serta dapat merasai sendiri kepayahan mereka mencari kerja memandangkan dia sendiri pernah berada di tempat mereka satu ketika dahulu.

Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

“Saya dah melaluinya dahulu. Datang temuduga kerja jauh-jauh tapi akhirnya tak dapat. Bila melihatkan kesungguhan mereka, hati jadi sayu.

“Kalau boleh saya mahu mereka semua dapat pekerjaan tapi apakan daya, peluang juga terhad. Saya doakan urusan mereka dipermudahkan dan diluaskan rezeki.

“Sebab itu saya menyeru kepada rakan-rakan artis atau orang perseorangan yang lain yang mempunyai modal tapi tak tahu nak berniaga apa, datanglah kepada kami.

“Setidaknya mereka boleh berniaga di samping membuka peluang pekerjaan baharu buat orang lain.

Ini sebenarnya kepuasan sebenar bila berniaga dan bukannya sekadar mengaut keuntungan semata-mata,”

– Shuib Sepahtu

Di kesempatan itu, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini berkongsi rasa teruja dapat menawarkan peluang kerja untuk mereka memandangkan jenama minuman BubbleBee bakal membuka enam cawangan baharu sedikit masa lagi.

Sumber: Murai
Tawar Pekerjaan! Shuib Sepahtu Terharu BubbleBee Diserbu Hampir 300 Orang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Untuk Muatturun Aplikasi Kegemaran Anda Melalui Huawei AppGallery

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Tawarkan Kombo Penerbangan & Hotel Melalui Snap