in

Tasha Shilla Sumber Perangsang Han Chen Wong

Ahad lalu telah berlangsung perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) musim kedua di Paradigm Mall, Kelana Jaya anjuran Tune Talk yang mana telah menobatkan peninju Muay Thai, Han Chen Wong yang masih berusia 24 tahun. Tahniah!

Tasha Shilla

Budiey kira ramai yang dah sedia maklum, Han Chen Wong ni adalah kekasih kepada Tasha Shilla.

Selepas kemenangan, beliau telah ditanya media, apakah punca utama beliau menang pada malam tu. Tanpa berselindung, Han Chen Wong memberitahu kehadiran kekasihnya, Tasha Shila telah untuk memberi sokongan padu.

Menurut Han, dia terkejut dengan semangat Tasha yang turut berada di gelanggang sepanjang perlawanan itu berlangsung.

“Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung. Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu.”

Pada pertandingan itu, Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan.

Dalam pada itu, Han berkata, sebagai pasangan kekasih mereka sentiasa menyokong kerjaya masing-masing namun dia terkejut dengan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh Tasha terhadapnya.

“Sebelum ini Tasha selalu juga ikut sekiranya saya ada apa-apa pertandingan tetapi tidak sebagai ‘cornerwoman’ tetapi kali ini dia benar-benar memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi.”

“Setiap pusingan akan ada waktu rehat selama lima minit dan peluang itu saya gunakan untuk memberi kata-kata semangat selain memastikan dia berada dalam keadaan baik untuk perlawanan seterusnya. Saya sangat gembira dapat beri sokongan kepada dia malah ini adalah satu pengalaman baharu buat saya.”

Sementara itu, Tasha berkata, biarpun pertama kali bertindak sebagai ‘cornerwoman’ namun dia tidak kekok kerana sebelum ini sering memerhati tugas yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki semasa menemani Han ke perlawanan Muay Thai.

Malah kata Tasha, dia gembira dapat memberi sokongan kepada Han kerana kekasihnya itu sentiasa menyokong kerjayanya dan sering menemaninya ke majlis-majlis hiburan. – Mstar Online

Tasha dikhabarkan sangat aktif di dalam sukan Seni Mempertahankan Diri Campuran (Mixed Martial Arts) dan beliau merupakan salah satu daripada selebriti wanita yang menyokong sukan ini.

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Arja Lee Nafi Bercinta Dengan Shima Anuar?

Episod Akhir Drama Bersiri Miranda & Romi Cinta Julia