in , ,

Tasha Shilla Kini Sudah Hamil, Umum Kandungan Berusia 5 Bulan

Selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Tasha Shilla mengumumkan sudah berbadan dua dengan kandungan berusia lima bulan.

Berita gembira itu dikongsi Tasha, atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak dengan memuat naik sekeping gambar dirinya yang memaparkan ‘baby bump’ di laman Instagram sebentar tadi.

Syukur alhamdulillah Tasha dan Atiq ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,”

– Tasha Shilla
Tasha Shilla Kini Berbadan Dua, Umum Kandungan Berusia 5 Bulan

Pelakon berusia 33 tahun itu turut memohon doa orang ramai agar bayi dalam kandungan itu dikurniakan kesihatan dan selamat sehingga proses bersalin nanti.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan & kesejahteraan saya sekeluarga.

“Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” 

– Tasha Shilla

Posting berkenaan dipenuhi komen rakan artis dan juga pengikutnya yang mengucapkan syukur dan tahniah atas kurniaan zuriat pertama pasangan tersebut.

Terdahulu, Tasha berkahwin dengan Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah pada Februari lalu.

Tasha Shilla Kini Berbadan Dua, Umum Kandungan Berusia 5 Bulan
Tasha Shilla Kini Berbadan Dua, Umum Kandungan Berusia 5 Bulan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dayana Roza Kini Sah Bergelar Isteri Kepada A’dale Adham

Siti Nordiana Bakal Mengadakan Konsert Virtual Siti Nordiana & Fans