in ,

Tania Hudson Nafi Jadi Orang Ketiga Akui Hanya Berkawan Biasa Dengan Fattah Amin

Heboh hari ini, apabila hubungan Fattah Amin dan Neelofa ada orang ke-tiga dan orang ketiga yang dikatakan adalah pelakon Tania Hudson, adik kepada aktres Natasha Hudson. Ramai peminat yang terkejut dengan berita ini. Mstar telah menemubual Tania dan pelakon Tania Hudson berkata, hubungannya dengan Fattah Amin hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu.

Tania Hudson

Tania atau nama sebenarnya Tania Nadira Hudson, 31, berkata, dia hanya mengenali Fattah ketika menjalani penggambaran filem KL Special Force terbitan Skop Production kira-kira dua bulan lalu namun terkejut selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan aktor itu dengan Neelofa.

“Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin. Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa.”

Tania ditanya mengenai dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan yang baharu berputik antara Fattah Amin dan Neelofa.

Tegas Tania, dia tidak pernah mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan hero drama Suri Hati Mr Pilot itu biarpun ketika mereka menjalani penggambaran bersama.

“Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya. Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing.”

Ditanya, sama ada dia berasa bersalah terhadap perkara tersebut, Tania berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap kedua-dua mereka.

Hubungan Neelofa dan Fattah Amin dikatakan berantakkan akibat orang ketiga.

“Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem itu sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi. Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini.”

Usaha mStar Online mendapatkan komen Fattah tidak berjaya kerana dia sibuk di lokasi penggambaran.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Menarik Tentang Muzik Video DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Hati Janna Nick Disakiti Berulang Kali dalam Drama BIAR AKU JADI PENUNGGU