in , ,

Tampil Manis Bertudung, Ernie Zakri Doa Semoga Kekal Istiqamah

Siapa tak kenal dengan artis Ernie Zakri, penyanyi dan guru vokal kecil molek dengan vokal yang sangat ‘wow’. Sebentar tadi menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Ku Bersuara itu ada berkongsi sekeping gambar berhijab di laman instagramnya dengan caption ‘love’.

Manis bertudung, penyanyi, Ernie Zakri, 28, mengumumkan penampilan terbaharu menerusi laman Instagram, hari ini. Perkongsian penyanyi lagu Ku Bersuara dengan penampilan berhijab disambut dengan pujian. Malah, ramai teman artis mengucapkan tahniah atas keputusannya menutup aurat.

Ernie berkata, dia nekad memakai tudung secara rasmi, hari ini.

View this post on Instagram

❤❤❤❤❤

A post shared by @ erniezakri on

“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.

“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya kerana Allah SWT.

“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,”

– Ernie Zakri

Juara pertandingan Bintang RTM 2009 itu berkata, dia menghantar mesej pada ibunya kira-kira jam 2 pagi, semalam untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej.

Ernie berharap penghijrahannya itu tidak disalah erti sebaliknya memohon doa supaya terus istiqomah.

Tampil Manis Bertudung, Ernie Zakri Doa Semoga Kekal Istiqamah

“Sebagai manusia biasa sudah pasti sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup. Jadi, penghijrahan ini adalah pilihan saya.

Sebenarnya, niat untuk bertudung sudah lama. Malah sebelum pergi umrah lagi.

“Tapi, mungkin disebabkan komitmen kerja perkara ini tertangguh.

Apabila dapat duduk di rumah sepanjang PKP ini, saya mulai muhasabah diri dan berasakan ini waktu sesuai untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, doakan yang terbaik pada saya dan paling penting kekal istiqomah.

Saya berkongsi perkara ini supaya ia dapat memberi inspirasi dan aura positif pada orang lain juga,”

“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung.

Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.

“Nyata, ia menggembirakan hati Mama.

Saya akui ada di kalangan ahli keluarga terkejut dengan keputusan ini, apatah lagi pada saat kerjaya sedang meluncur laju.

“Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa tekanan sesiapa,”

– Ernie Zakri
Untitled-design-2020-03-24T222111.311

Ernie berkata, dia berharap peminat tidak keliru sekiranya ada rakaman atau gambar tidak bertudung disiarkan.

“Kalau masih ada penampilan saya yang tidak bertudung disiarkan, itu sudah lama dirakamkan. Harap ia tidak menjadi isu.

“Malah, dalam video muzik Gundah yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini pun, penampilan saya masih belum bertudung. Jadi, saya berharap peminat faham,”

– Ernie Zakri

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakrie berkata, dia pernah berjanji dalam diri, tahun 2020 menjadi titik penghijrahan buatnya.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan tersusun cantik.

“Pada saat saya berehat daripada kerja seni akibat situasi penularan wabak COVID-19, Allah SWT memakbulkan doa yang tersimpan dalam hati.

“Saya mungkin mengambil masa memutuskan perkara ini, tetapi ia adalah kewajipan,”

– Ernie Zakri

Katanya, dia sudah terdetik dalam hati mahu berubah menjadi lebih baik sebelum menunaikan umrah pada penghujung tahun lalu.

“Saya rasa gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan.

Saya akan terus menyanyi,”

“Malah, saya juga sentiasa terbuka hati menerima nasihat dan teguran daripada semua selepas ini. Kita sama-sama belajar menjadi yang lebih baik,”

– Ernie Zakri

Rata-rata rakan artis meninggalkan komen gembira dengan penampilan terbaru Ernie.

photo6327763828615522601
photo6327996431159372196

Malah, ada juga yang memuji kelembutan wajah Ernie apabila mengenakan tudung dan mendoakan agar Ernie kekal istiqamah.

Terbaharu, Ernie akan muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Gundah pada 27 Mac ini.

Sumber: BH Online & IG Ernie Zakri
erniezakri--1585094175530
erniezakri--1585094175993
erniezakri--1585094176123

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID-19: foodpanda Memastikan Kesihatan & Keselamatan Untuk Rider

COVID-19: Tom Hanks Beransur Pulih, Kongsi Tips Elak Jangkitan Virus