Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Takziah! Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa akibat Covid-19, bapa kepada penyanyi, Azlan Typewriter akhirnya meninggal dunia di Hospital Selayang sekitar jam 4.23 petang tadi.

Berita pemergian Arwah Sallehudin Che Ani, 68 tahun itu dikongsikan sendiri oleh Azlan kepada media sebentar tadi.

Menurut Azlan dia merasa sayu kerana hanya dapat melihat detik terakhir pemergian bapanya menerusi video sahaja memandangkan ayahnya meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami membuat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.

“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa kerana Covid-19,” katanya.

Jelas Azlan pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga selesai berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan.

Takziah kami ucapkan kepada Azlan dan keluarganya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version