in , ,

Tak Wujud Gelaran Tu, Fedtri Yahya Persoal Anugerah Datuk Yang Diterima Shah Hazvee

Nama Shah Hazvee kembali disebut semula dengan satu isu kontroversi. Kali ini agak kecoh juga berkenaan berita anugerah membawa gelaran ‘datuk’ oleh Shah Hazvee. Apa cer pulak ni?

Baru je berusia 24 tahun, Shah Hazvee mendedahkan dia sudah menerima anugerah iaitu Darjah Kurnia Setia Diraja Perak atau singkatannya DKSD yang diterima pada tahun 2016, yang mana ketika itu umurnya baru sahaja masuk 20 tahun. Wow! Kalau betul tahniah lah! Tapi kalau tak betul?

Mengetahui berita ini beberapa hari lalu, seorang selebriti tanah air iaitu Fedtri Yahya tampil mempersoalkan gelaran datuk dan anugerah berkenaan.

Dari satu status, Fedtri Yahya telah bertanya kepada pihak protocol di Perak, dan memaklumkan bahawa anugerah berkenaan tak ada dalam system. Ini pendedahan dari Fedtri Yahya di laman media sosialnya.

Tak Wujud Gelaran Tu, Fedtri Yahya Persoal Anugerah Datuk Yang Diterima Shah Hazvee

“Ada bertanya kepada orang protokol di negeri Perak, kata nya tak wujud pun gelaran tu.

Kalau anugerah SPSA atau SPSN mmg ada. Dan ianya membawa gelaran Dato Seri DiRaja yang kebiasaannya diberi kepada Menteri Besar negeri berkenaan.

Itupun tak semua menteri dapat anugerah terbabit. Jadi mengikut sumber, Perak tak pernah kurniakan gelaran ini,”

– Fedtri Yahya

Itulah yang ditulis oleh Fedtri Yahya tentang gelaran yang diterima oleh Shah Hazvee.

Malah Fedtri Yahya ada menulis komen menjawab persoalan dari para followernya, termasuk rakan artis dari Que Haidar yang memberi komen emoji terkejut.

“Dia ni pelakon. Dia kata dah dapat gelaran dato masa umurnya 20 tahun. Mungkin dari kesultanan luar negara,”

– Fedtri Yahya
Tak Wujud Gelaran Tu, Fedtri Yahya Persoal Anugerah Datuk Yang Diterima Shah Hazvee

Dapat lihat beberapa netizen juga melahirkan rasa hairan kerana tak pernah mengetahui bahawa adanya anugerah Darjah Kurnia Setia Diraja Perak.

Malahan ada follower Fedtri Yahya yang mencadangkan agar personaliti TV dan pengacara ini membuat laporan polis jika benar memang tak ada anugerah yang disebut oleh Shah Hazvee itu.

Tak Wujud Gelaran Tu, Fedtri Yahya Persoal Anugerah Datuk Yang Diterima Shah Hazvee

Shah Hazvee sebelum ini ada berlakon beberapa drama dan filem sepanjang empat tahun menceburi bidang lakonan. Kini Shah Hazvee sedang menumpukan bidang perniagaan iaitu pelaburan hartanah.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rezeki Selepas Berhijab, Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Baharu Vida C

Travelog Segalanya Yang Ada Di Malaysia Dalam PROJEK BUSKING