in ,

Tahniah! Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz

Tahniah buat Syanie Hisham selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya iaitu Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat.

Selepas setahun berkenalan, pelakon dan pelawak Syanie Hisham, 47, melangsungkan pernikahan dengan perunding kewangan, Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, jam 9 pagi, hari ini.

Syanie berkata, majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu disaksikan bapa, adik perempuannya dan abang kepada pengantin lelaki.

“Tiada wang hantaran diserahkan, sebaliknya hanya mas kahwin dalam bentuk gelang emas. Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang.

“Sepatutnya kami akan mengadakan majlis resepsi Ahad ini, namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami terpaksa tunda dulu. Mungkin ia akan diadakan bulan depan,” katanya.

Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz

Menurut Syanie, selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, tidak mudah untuk dia menerima lamaran Zahril.

“Namun, melihatkan keikhlasan dan kejujuran hatinya membuka hati saya untuk kembali menikmati kemanisan ini. Ikutkan dia mula mendekati saya sejak tiga tahun lalu. Ketika itu, saya belum terfikir untuk mengenali sesiapa. Pengajaran lalu, mematangkan saya.

“Namun, dia bersungguh-sungguh mahu memancing hati saya. Pada Jun tahun lalu, dia suarakan isi hati kepada ibu untuk memperisterikan saya.

“Sikap budimannya juga antara sebab yang buat saya tersentuh. Dia juga adalah lelaki pertama yang berani cakap nak kahwin dengan saya dekat ibu,” katanya.

Syanie yang hidup solo selama lima tahun mengaku Zahril berstatus duda, namun tidak memiliki anak.

“Mungkin masing-masing tahu kehidupan lampau, jadi kami mudah serasi atau ‘klik’,” katanya.

Syanie yang pernah menyertai musim kedua program realiti, MasterChef Selebriti melangsungkan perkahwinan pertama pada 1996 tetapi bercerai pada 2002.

Ini disusuli perkahwinan kedua pada 2014, namun turut berakhir perceraian dua tahun kemudian.

Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz
Syanie Hisham Bertemu Jodoh, Kini Bergelar Isteri Kepada Zahril Hafiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsiakan Hubungan Sejak 5 Tahun Lalu, Hannah Delisha Kini Jadi Isteri Pelakon Imam Shah

Netizen Gesa Shuk Sahar Buang Nama Hot FM di IG Selepas Ditamatkan Sebagai Penyampai Radio