in , ,

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi

Tahniah kami ucapkan buat penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi. Wah, pasti ramai yang tak sabar nak tengok wajah anak kedua Tokti kan?

Penyanyi kesayangan rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi hari ini iaitu 19 April 2021, hari Isnin. Untuk info pembaca, bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Alhamdulilah, khabarnya Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh pihak Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd menerusi satu kenyataan akhbar di akaun Instagram milik Siti.

Suaminya, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handal, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan,

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT.

Tahniah! Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi

Dalam pada itu, anak tiri penyanyi tersebut, Asyraf Khalid ada berkongsi wajah bayi lelaki Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya.

Asyraf juga mengucapkan rasa syukur kepada llahi dan berdoa semoga bayi yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama dan keluarga.

Tahniah Tokti dan selamat berpantang. Aafiyah mesti seronok dah dapat adik baru. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem 18 PUASA Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Khodi Salur Emosi Keperitan Cinta Tiga Segi Dalam ‘DIA BAGIKU’