in , ,

Tahniah! Pelakon Shah Hazvee Terima Gelaran Datuk Pada Usia 24 Tahun

Pelakon yang boleh dikatakan masih baru iaitu Shah Hazvee, 24 tahun, telah buat satu kenyataan yang agak memeranjatkan ramai pihak.

Ini apabila Shah Hazvee memberitahu, dia kini merupakan seorang yang berpangkat Datuk. Jelasnya dia ada terima satu anugerah iaitu Darjah Kurnia Setia Diraja Perak (DKSD) yang membawa gelaran Datuk empat tahun lalu, iaitu pada tahun 2016.

Kalau dikira, ketika tahun 2016, ini bermakna, Shah Hazvee menerima anugerah datuk ketika umurnya baru sahaja masuk 20 tahun. Satu pencapaian yang hebat juga.

Jelas pelakon ini, sebelum ini dia tak mahu kecoh kan hal ini. Ini kerana tak ada kepentingan untuk ceritakan tentang hal berkenaan kepada orang ramai. 

Jom baca kenyataan dari Shah Hazvee dari laporan Harian Metro.

“Saya ada terima anugerah ini membawa gelaran Datuk pada tahun2016 lagi, tapi saya tidak kecohkan pada sesiapa. Malah, family saya pun tak ramai yang tahu tentang penerimaan anugerah ini”.

“Sekarang ini, saya rasakan ianya adalah waktu yang paling tepat untuk ceritakan sebab sekarang saya fokus dengan business, saya dalam bidang pelaburan hartanah. Sememangnya gelaran ini saya guna untuk tujuan business”.

“Kalau cerita dulu-dulu macam tiada kepentingan kerana saya hanya seorang pelakon. Oleh itu lebih baik saya rahsiakan hal berkenaan”.

– Shah Hazvee

Apabila dah aktif dalam bidang business pelaburan, kini Shah Hazvee akan slow down perjalan karier seninya sebagai seorang pelakon.

“Bidang seni, sebagai pelakon maybe akan jadi hobi saja lepas ini. Saya rancang nak terbitkan sebuah filem dan dalam proses untuk bekerjasama dengan seorang pelakon terkenal dari Indonesia. Nanti saya akan ceritakannya”.

“Karya ini nanti merupakan tanda penghargaan kepada fans yang sentiasa setia dengan saya. Selepas ini maybe saya akan berehat sebentar sebagai pelakon”.

– Shah Hazvee

Shah Hazvee pernah membintang drama Kan Aku Kejar Cintamu, Monalisa dan dua buah filem iaitu 8belas dan Pinjamkan Hatiku lakonan pelakon utama Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firefly Launches Ticket Sale for Flights from Penang Hub

Da’i Syed Bakal Dibebaskan, Ikat Jamin RM35,000 Tetapi Dengan Syarat