in , , ,

Tahniah! Lisa Surihani Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pada Hari Lahir Yusry

Pelakon jelita, Lisa Surihani, selamat menimang cahaya mata bayi lelaki, pukul 2 pagi tadi. Tahniah buat Lisa dan Yusry!

Menginjak usia 48 tahun hari ini, pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim memperoleh hadiah paling berharga apabila isterinya, Datin Lisa Surihani selamat melahirkan cahaya mata ketiga, jam 2.30 pagi tadi. Yusry berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram miliknya. Lisa melahirkan bayi lelaki seberat 3.49 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar.

“Syukur, hadiah paling berharga dan bermakna apabila menyambut ulang tahun ke-48 dengan kelahiran cahaya mata ketiga.

“Alhamdulillah, isteri dan anak dalam keadaan baik. Yahaira Leanne dan Yusof Leonne kini mempunyai adik lelaki. Terima kasih atas doa semua,” katanya.

“Alhamdulillah, Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2:30 pagi tadi. Bayi dan ibu kedua-duanya dalam keadaan baik,

Anggota kumpulan trio KRU itu berkata, isterinya akan meneruskan proses berpantang di rumah seperti kebiasaannya.

“Harap segala proses akan dipermudahkan,” katanya.

LISA
Datuk Yusry Abdul Halim bersama isteri, Datin Lisa Surihani dan dua cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne. – Foto IG Lisa Surihani

Sementara itu, Lisa memanjat kesyukuran kerana proses kelahiran anak lelaki ini dipermudahkan.

“Biarpun sudah dua kali melalui fasa melahirkan anak, cabaran tetap ada. Namun, semuanya berjalan lancar.

“Paling utama, ia menjadi hadiah paling istimewa buat suami yang menyambut ulang tahun kelahirannya, hari ini,” katanya.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira dan Yusof. Dan terbaharu, bayi lelaki yang belum diumumkan nama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga Citra Lestari Positif Covid-19 Selepas Balik Bercuti, Noah Negatif

Pitahati Meriliskan Bintang Biru Kristal Salju Deluxe & Remastered