in , ,

Tahniah! Filem Mael Totey The Movie Berjaya Pecah Rekod Astro First

Filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) mencatat rekod tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak RM700,000 sejak ditayangkan bermula semalam. Dalam hanya tempoh sehari, kutipan tersebut sekali gus menjadikan filem MTTM antara yang tertinggi ditonton di Astro First ketika ini.

“Allahuakhbar pecah rekod di Astro First! Ya, ini balasan untuk kami team Syahmi Sazli Production. Terima kasih Allah, terima penyokong kami yang sangat berkualiti!!!” Itu coretan kegembiraan tertera dalam laman Facebook Syahmi Sazli Production hari ini, Jumaat 23 Oktober 2020 atas kejayaan pecah rekod filem Mael Totey The Movie.

Menurut catatan dalam laman itu lagi, langganan hampir mencecah RM700,000 pada hari pertama tayangan di Astro First saluran 480 semalam, Khamis 22 Oktober 2020.  Berita baik itu turut dikongsi menerusi Instagram Astro Shaw hari ini, 23 Oktober 2020.

Tahniah! Filem Mael Totey The Movie Berjaya Pecah Rekod Astro First

Hilang sudah debaran menunggu sambutan terhadap filem sulung Syahmi Sazli Production. Pelbagai reaksi ramai sewaktu Syahmi mengumumkan keputusan untuk menerbit dan mengarah sendiri filem Mael Totey The Movie untuk saluran Astro First.

Biarpun Syahmi, atau nama penuhnya Muhammad Syahmi Sazli, nampaknya penuh bersemangat untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dalam proses pembikinan filem berkenaan, segelintir memandang lekeh dan sukar untuk mempercayai bahawa dia mampu melakukannya, dengan tahap pengalaman dan usia masih muda.

Namun pengikutnya tidak pernah mencurigai bakat Syahmi Sazli dan terus menyokong usaha pengarah muda itu. Mereka mengikuti perkembangan sedari awal Syahmi mengumpul pelakon dan mencari lokasi penggambaran sehinggalah di peringkat penggambaran.

Apa yang dilakukan oleh Syazmi Sazli tidak pernah dilakukan oleh penerbit dan pengarah lain di negara ini, berani mempertaruhkan himpunan pelakon daripada kalangan insan istimewa yang tahap pemahaman dan kecekapan perbualan bukan seperti orang biasa.

Justeru, bukan sahaja Syahmi Sazli berdebar menunggu sambutan terhadap filem berkenaan, malah pengikutnya juga. 

Dengan kutipan RM700,000 pada hari pertama tu, penyokong tentulah sangat gembira, namun yang selama ini memandang lekeh, nah telah terbukti sudah kemampuan anak muda yang satu ini.

MAEL TOTEY THE MOVIE

Berani menongkah arus, menerbitkan filem lain daripada lain yang mana sesekali pelakon teragak-agak, kelihatan mendengar kata-kata pengarah seperti di dalam karya drama spontannya. Bahagian itulah yang paling unik dan lucu.

Menguruskan pelakon yang sedemikian ternyata dugaan yang sangat besar bagi seorang pengarah. Memerlukan kesabaran tinggi, tanpa rasa bengang atau marah menangani gelagat pelakon-pelakon insan istmewa mengingati dialog.

Antara komen pengikut pada posting di facebook Syahmi Sazli Production;

Shahrul Muhammad : “Pehh modal 400K, sehari dah balik siap untung… 1 tempeleng… hebat buat director dan producer yagn sudah lama berkecimpung dalam industry perfileman.” 

Abi Mikael Faris: “Tak perlu adengan peluk cium… Tak perlu adegan pegang-pegang tangan…Bila cerita best, pasti orang akan support.. Tahniah Mie n team.”

Mohd Azlan: “Tahniah Mi..terbaiklah kali ke lapan dah tengok Male Totey The Movie.”

Megat Khairul Anwar: “ Alhamudulillah. Tahniah. Jarang aku tengok movie gelak sakit perut. Tapi cerita ni terbahak-bahak gak aku gelak.” 

Tahniah Syahmi Sazli dan pasukan produksi!!

Untuk rekod, MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 22 Oktober ini. 

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengikut Instagram Neelofa Naik Secara Mendadak Selepas Dirinya Berniqab

Meremang! Muna Shahirah & Zack Zakwan Berduet dalam Lagu BAGAIMANA