in , ,

Tahniah! Drama BUKAN GADIS BIASA Raih 27 Juta Tontonan

Kejayaan drama bersiri, Bukan Gadis Biasa yang muncul drama tontonan tertinggi sepanjang Ramadan disifatkan penerbitnya, Sheila Rusly sebagai hadiah untuk orang yang sabar.

Selain itu, drama sebanyak 28 episod arahan Azman Yahya atau Jinggo itu juga berjaya meraih 11 juta penonton selepas ditayangkan. Lebih 27 juta tontonan pula diperoleh menerusi platform digital Tonton, saluran YouTube TV3 dan Drama Sangat.

Drama Bukan Gadis Biasa menemui penonton sepanjang Ramadan di saluran TV3 menerima pelbagai kritikan sejak ditayangkan pada 23 April lalu.

Selain watak Opah Aminah lakonan Sheila Rusly yang dikatakan tidak realistik, drama itu turut dikecam kerana teknik suntingan tidak kemas dan penggunaan kata ganti diri digunakan Jo lakonan Ayda Jebat terhadap Opah Aminah yang dikatakan kasar.

Akasia_ Bukan Gadis Biasa Poster

Selain Sheila dan Ayda, drama berkenaan turut dibintangi Remy Ishak, Lia Natalia, Nazim Othman, Idzham Ismail, Mas Khan dan ramai lagi.

Sheila berkata, dia terharu dengan pencapaian drama berkenaan.

“Alhamdulillah, drama Bukan Gadis Biasa berjaya menjentik hati penonton. Tentunya, ia hadiah yang cukup bermakna berkat kesabaran keseluruhan produksi yang menjayakan drama ini.

“Walaupun dikecam, nyata masih ramai menonton drama bersiri ini. Itu bermakna ada sesuatu dalam drama Bukan Gadis Biasa yang membuatkan penonton tertunggu dan masih ingin menonton. Saya percaya mesej disampaikan dalam drama ini bertepatan dengan tema Ramadan.

“Biarpun ramai mengecam, cuba mencari kelemahan dan kesilapan, tetapi ada mesej yang terselit dalam drama ini hingga menyebabkan penonton mahu terus menyaksikannya hingga episod akhir,”

– Sheila Rusly

Drama Bukan Gadis Biasa adalah adaptasi novel karya Liza Nur yang mengisahkan mengenai Johana, anak seorang penjenayah dan penagih dadah yang berusaha untuk keluar daripada dilabel gagal. Dia ingin melihat masa depan yang cerah buat si kecil, Aisyah yang memanggilnya emak.

Hati Johana yang kosong terperangkap dalam cinta tiga segi daripada tiga jejaka, Amirul (Mas Khan), Rayyan (Remy) dan Amer (Nazim) yang menaruh hati padanya.

Sheila berkata, dia bersyukur kerajaan membenarkan syarikat produksi menyambung semula penggambaran, Rabu depan.

“Setakat ini, JS Pictures berehat seketika berikutan tiada penggambaran yang tertangguh.

“Saya hanya akan memulakan kembali penggambaran selepas Aidiladha dan ingin memberi laluan kepada syarikat produksi yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terlebih dahulu,” katanya.

– Sheila Rusly

Sememangnya kontroversi dan kritikan penonton di sosial media membantu menaikkan rating drama ini. Tahniah sekali lagi dari kami di Budiey Channel.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Undian Pemenang Utama ICSYVMY3 Kini Bermula

Gara-Gara Komen Isu Perkauman, Samantha Katie James Dikecam Netizen