in ,

Tabiat Suka Selfie Rupanya Tanda Anda Kesunyian, Mungkin Ada Masalah Psikologi

Tak kiralah sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa tak terkecuali menyukai budaya selfie.

Tabiat ini merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar sebelum dimuat naik di media sosial. Walau bagaimanapun, wujud satu kajian mengatakan perbuatan selfie ini berkait dengan masalah psikologi.

gambar hiasan selfie

Orang suka selfie ni sebenarnya seorang yang sangat sunyi

Menurusi portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, kajian menunjukkan individu yang suka melakukan selfie sebenarnya berada dalam tahap kesunyian dan juga kesepian. Selain itu, ia turut dikaitkan dengan  tahap keyakinan individu berkenaan yang turut berada di paras rendah.

Sering gelisah bila muat naik gambar, tengok jumlah likes

Sebagai contoh, mereka yang memuat naik hasil selfie ke media sosial berlainan dan akan sentiasa memantau jumlah likes daripada netizen. Namun masalah boleh timbul apabila ada individu yang mula gelisah melihat posting mereka kurang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakan-rakan atau netizen.

Boleh terdedah kepada modus operandi jenayah siber

Bagi penganalisis jenayah Encik Kamal Affendi Hashim pula, perbuatan itu bagaimana pun boleh memudaratkan diri. Ini kerana ia seperti membuka ruang kepada penjenayah untuk mendapatkan maklumat peribadi tanpa disedari.

Sumber: Facebook Era & Portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oldtown Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Atas Dakwaan Hidang Menu Mi Kari Babi

Tak Suka Boleh Unfolllow, Ini Pesanan Sarah Hildebrand Untuk Pengikut Yang Tak Respek