in ,

Ta-Daa!, Saluran Kanak-Kanak Terbaru Temui Pelanggan Astro

Astro menyediakan satu saluran baru kepada penonton, khusus buat kanak-kanak iaitu, Ta-Daa! (Saluran 612).

Saluran ini menyiarkan kandungan kanak-kanak antarabangsa dengan menggunakan medium bahasa Inggeris. Pelanggan boleh menononton bermacam rancangan dari pelbagai negara seperti AS, Jepun, Korea, China, UK, Kanada dan banyak lagi.

Jika anda ingin menontonnya, ia menemui semua pelanggan Astro, Astro Go dan On Demand secara percuma bermula dari 15 Mac sehingga 4 April 2021. Namun, selepas 5 April 2021, saluran ini hanya akan tersedia untuk pelanggan yang mempunyai Kids Pack (Pek kanak-kanak) sahaja.

Ta-Daa!

Lebih dari 1000 episod tayangan hit boleh ditonton dari saluran Ta-Daa! Rancangan yang disiarkan termasuklah francais dan watak popular seperti Beyblade Metal Fusion, Dragon Force: Power of Dragon, Supa Strikas, Inspector Gadget, Kid vs Kat, Polly Pocket, Sonic The Hedgehog, Dino Dana dan banyak lagi.

Saluran baru ini secara tidak langsung akan menjadi penambahan kepada saluran kanak-kanak yang sedia ada di Astro, seperti:

  1. Boomerang (Saluran 619)
  2. Nick Jr. (Saluran 617) 
  3. Cartoon Network (Saluran 615 HD / saluran 635)
  4. Nickelodeon (Saluran 616 HD / saluran 636).
  5. Baby TV (Saluran 618)
  6. Astro Xiao Tai Yang (Saluran 304 HD / saluran 344)
  7. Chutti TV (Saluran 213)
  8. Astro Tutor TV (Saluran 601 / saluran 602 / Saluran 603)
  9. Astro TVIQ (Saluran 610)
  10. Astro Ceria (Saluran 611 HD / Saluran 631)
Ta-Daa!

Sorotan rancangan

Di bawah di sediakan beberapa sorotan rancangan yang akan menemui penonton dalam saluran Ta-Daa! pada 15 Mac.

  1. Polly Pocket Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 3 petang
  2. Dino Dana Musim 1 – Rabu sehingga Jumaat, 9 malam
  3. The Deep – Isnin sehingga Khamis, 3.30 petang
  4. Johnny Test Musim 4 – Isnin sehingga Khamis, 11.30 pagi
  5. Dr. Dimensionpants – Isnin sehingga Khamis, 12 tengah hari
  6. Chuck’s Choice -Isnin sehingga Khamis, 12.30 tengah hari
  7. League of Super Evil Musim 1 – Isnin sehingga Jumaat, 7.30 petang
  8. Dinocore Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 2 petang
  9. Spongo, Fuzz and Jalapena – Isnin sehingga Khamis, 1 petang
  10. Nature Cat Musim 1 – Isnin sehingga Khamis, 2.30 petang
  11. Bola Kampung Classic Musim 5 – Isnin sehingga Khamis, 1.30 petang
  12. Go Astro Boy Go – Isnin sehingga Khamis, 4 petang

Dengan adanya saluran baru ini, pilihan rancangan kanak-kanak tentunya menjadi lebih banyak. Sudah tentu anak yang menonton akan berasa teruja dengan kehadiran saluran baru ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umar Uzair Teruja Tampil di Istana Budaya dalam Konsert Kata Kota Cinta

Apple Store Pertama Di Malaysia Bakal Dibuka Tahun Hadapan di The Exchange TRX