in , , ,

Syamel, Ernie Zakri & Siti Bakal Jayakan Nurhaliza Konsert Karya Agung Pak Ngah

Konsert Karya Agung Pak Ngah atau nama sebenarnya Allahyarham Datuk Suhaimi Md Zain akan diadakan selama dua hari mulai 14 Nov di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert dua jam itu bertujuan mengetengahkan hasil karya Pak Ngah yang terkenal dengan Irama Malaysia.

Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah antara barisan artis yang akan membuat persembahan bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Pak Ngah

Selain Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Syamel, Asmidar dan Rojer akan turut membuat persembahan.

Ketua Pengarah Istana Budaya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata konsert itu diadakan bagi menghargai dan mengenang jasa Pak Ngah.

Pak Ngah merupakan komposer terkemuka yang komited memperjuangkan irama Malaysia dan banyak memberi impak dalam perjalanan kerjaya artis dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Segmen khas untuk lagu popular seperti Nirmala, Ya Maulai, Hati Kama, Balqis dan lain-lain keseluruhannya tujuh lagu akan dipersembahkan oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Konsert ini juga akan memaparkan lagu-lagu karya Pak Ngah dalam teater komersial dan hits seperti Teater Hang Li Po, Rubiah dan Cinduo Mato dan banyak lagi.

Lagu-lagu popular kerjasama Pak Ngah dengan artis luar negara seperti Indonesia dan Singapura juga akan dipersembahkan oleh Ernie, Syamel dan Rojer pada malam tersebut.

Harga tiket bermula serendah RM86 sehingga RM556 dan boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.airasiaredtix.com dan diskaun sebanyak 10 peratus bagi golongan OKU, warga emas dan pelajar.

Pak Ngah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adira Tegas Mahu Berpisah, Guna Kaedah Hakam Tuntut Diceraikan

Are You Ready For Some Zombie Action-Comedy?