in , ,

Syafiq Kyle & Mimi Lana Putus Cinta

Lima tahun berpacaran, Mimi Lana mengesahkan hubungan dengan pelakon Nur, Syafiq Kyle sudah berakhir, sejak sebulan lalu.

Enggan menyalahkan sesiapa, Mimi atau nama sebenar, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, memberitahu, mereka berpisah selepas tiada lagi persefahaman.

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh,”

– Mim Lana

Walaupun mengaku menjadi pihak yang memutuskan ikatan percintaan itu, jauh di sudut hati pelakon drama rantaian, Cari Aku Di Syurga Ini, sedih dengan apa yang berlaku.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.

“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,”

– Mimi Lana

Mimi Lana tidak menolak digandingkan dengan Syafiq dalam projek drama atas dasar profesional.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Dikenali Ramai, Ini 3 Kontroversi Pelakon Shah Hazvee

Adaptasi Novel ALERGI MAMAT ROMANTIK Lakonan Zara Zya & Fadlan Hazim