in ,

Susah Jumpa Papan Iklan Produk Lokal, Zoey Rahman Sujud Syukur Dikecam

Sekitar tahun 2006, program realiti Gerak Geri Gasing menjadi pilihan kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti permainan ditonjolkan dalam rancangan tersebut. Zoey Rahman yang merupakan pengacara pada ketika itu, kini sedang bergiat lebih aktif dalam bidang perniagaan dengan memiliki produk sendiri.

Biarpun sebelum ini pernah dipandang sinis oleh rakan artis dan orang sekeliling, namun usahawan berusia 36 tahun itu kini membuktikan dia mampu berjaya.

Menerusi posting itu, tanggal 18 Januari 2021 adalah tarikh buat dirinya kerana berjaya menaikkan dua papan tanda iklan di sekitar Lebuhraya Persekutuan.

Selain itu, dia juga mengakui sebelum ini hampir menyerah dan putus asa kerana harus melalui liku-liku perit jernih dalam membangunkan produk kosmetik sendiri.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu juga melakukan sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Tindakan pelakon dan pengacara Zoey Rahman sujud syukur selepas melihat papan iklan billboard produknya, Mikaseries dipasang di lebuh raya baru-baru mengundang kecamanan warganet.

Ditambah pula, apabila dalam hantaran dimuat naik itu Zoey menyatakan susah jumpa papan iklan produk lokal di lokasi sama.

Hal ini kerana, Zoey mengakui agak susah untuk melihat papan tanda besar jenama tempatan di sekitar lebuhraya berkenaan.

“Alhamdulillah. Dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya kalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha Esa,”

– Zoey Rahman

Menjelaskan perkara itu, Zoey berkata dia merujuk kepada jenama lokal baharu yang berada di pasaran.

“Ramai yang sudah salah faham. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kebanyakan billboard membabitkan produk lokal adalah jenama yang sudah lama dan dikenali ramai. Tapi, untuk jenama baharu macam saya, memang jarang sekali ada.

“Disebabkan itu saya berkongsi di media sosial. Saya mahu ia menjadi inspirasi kepada ahli perniagaan baharu atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Supaya selepas ini ada banyak lagi produk lokal yang boleh berjaya.

“Kalau saya boleh dapat dan berjaya mencapai apa yang diusahakan selama ini, kenapa tidak orang lain? Ini yang saya mahu ajak kepada semua. Daripada kita asyik mencari salah orang dan mengata yang bukan-bukan, apa kata untuk kali ini kita buka mata dan melihat dari sudut positif,” katanya.

– Zoey Rahman

Mengenai sujud syukur yang dibuat, Zoey berkata tidak ada apa yang salah di atas perbuatannya itu.

“Kalau pemain bola boleh sujud syukur di padang, kenapa saya tidak boleh? Lagi pula, apa dibuat itu sebagai tanda saya mensyukuri nikmat dan rezeki pemberian Allah SWT.

“Saya percaya setiap ahli perniagaan bercita-cita untuk memiliki billboard sendiri. Malah, tentu sahaja mereka bangga jika ia dapat dilaksanakan. Begitu juga saya.

“Tidak ada istilah nak riak atau menunjuk. Nanti kalau saya tak kongsi, orang akan tanya pula kenapa tak buat macam orang lain. Apabila kongsi, kena kutuk pula. Apa pun, saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat saya dan menyokong produk saya. Kepada yang mengata itu, tidak mengapa, saya maafkan anda. Saya okay saja,”

– Zoey Rahman

Khabar gembira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya yang turut sama bangga dengan kejayaan yang dikecapi.

Tahniah diucapkan buat Zoey. Semoga kejayaan yang dimiliki ini boleh membakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang!

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Jadi Penyampai Radio? Nah! Ini Peluang Jadi Penyampai Hujung Minggu di Suria FM

SAJAT

JAIS Sahkan Sajat Didakwa Berpakaian Wanita & Menyebabkan Agama Islam Dipandang Hina