in ,

Suria Kongsi Kegembiraan Dengan Seleksi Program Hiburan

Suria Kongsi Kegembiraan Dengan Seleksi Program Hiburan Sempena Raya Untuk Pendengar Setia 

Suria menerusi platform digitalnya akan memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini dengan seleksi program hiburan istimewa untuk pendengar setia Suria. Antara program yang menarik perhatian adalah Riuh Raya Akustika Suria dan drama pendek – Baju Melayu Abah.  

Drama Pendek: Baju Melayu Abah 

Tarikh: 21 Mei 2020 

Masa: 9.00 malam 

Cerita berkonsepkan komedi yang sarat dengan mesej positif dan nilai kekeluargaan, drama pendek ‘Baju Melayu Abah’ ini mengisahkan kehidupan seorang ayah yang cuba memulihkan hubungan anak-anaknya. Selepas pemergian isterinya, hubungan anak-anak semakin keruh. Hati abah makin terluka. Abah bertekad pada hari raya ini dia ingin memulihkan hubungan anak-anaknya. Adakah abah berjaya? Atau… 

Saksikan tayangan perdana drama  pendek Baju Melayu Abah pada hari Khamis, 21 Mei 2020, jam 9.00 malam di Youtube SuriaTV  dan Facebook Suria FM. 

Suria Kongsi Kegembiraan Dengan Seleksi Program Hiburan

Riuh Raya Akustika Suria 

Tarikh: 24 Mei 2020

Masa: 9.00 malam 

Saksikan persembahan nyanyian lagu-lagu Raya secara akustik daripada barisan artis popular seperti Ara Johari, Lan Solo, Siti Nordiana, Nabila Razali, Aina Abdul, Naim Daniel, Zizi Kirana, Tuah Adzmi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sarah Suhairi, Luqman Faiz serta penyampai-penyampai Suria pada Hari Raya pertama, jam 9.00 malam di Youtube Suria TV dan Facebook Suria FM.

Menurut Pengurus Kanan Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, pengisian kandungan untuk perayaan kali ini lebih kepada berkongsi dan bergembira bersama. Walaupun sambutan Hari Raya pada tahun ini tidak akan sama seperti selalunya, tidak semestinya kita tidak boleh bergembira dan membuatnya lebih bermakna. 

“Suria ingin memberikan dan berkongsi kegembiraan kepada pendengar-pendengar setia dengan menawarkan pengisian yang menarik dan ringkas di mana pendengar boleh menikmati program hiburan sempena Hari Raya dan menyertai peraduan digital kami dengan lebih santai pada bila-bila masa di mana sahaja,” tambah DJ Lin.   

Antara pengisian lain sempena Hari Raya Aidilfitri yang boleh didapati di laman web suria.my, saluran Youtube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter) adalah :- 

Suria Kongsi Kegembiraan Dengan Seleksi Program Hiburan

Selera Raya Suria bersama Cik Piah 

Tarikh: 20 Mei 2020

Saksikan gelagat dan kemahiran memasak Cik Piah apabila diberikan satu kotak Pek Ceria Raya daripada Vesawit yang mengandungi bahan-bahan masakan dan Cik Piah perlu mencipta satu masakan berasaskan bahan-bahan yang ada di dalam kotak tersebut. 

Sepanjang Hari Raya ini juga Suria akan memainkan lagu- lagu raya tanpa henti dan antara program-program istimewa yang boleh didengarkan di corong radio anda adalah:- 

Suria Kongsi Kegembiraan Dengan Seleksi Program Hiburan

Nama Program: Carta Raya Suria Coolblog

Tarikh: Sabtu 23 Mei 2020 & Ahad 24 Mei 2020 (Ulangan) 

Masa: 10 pagi – 2 petang

Hos: Ajak & Issey

Menampilkan kedudukan 40 buah lagu raya baru dan lama paling popular di Suria. Barisan penyampai Suria akan menjadi tetamu Carta Raya Suria Coolblog dan berkongsi kisah raya mereka.

Nama Segmen : Suria Hujung Minggu (kejutan pagi syawal)

Tarikh: Raya Pertama 

Masa: 6 pagi – 10 pg

Hos: Tyzo, Rara & Penampilan Suraya

Pagi syawal dikejutkan dengan penampilan Suraya yang diketahui sedang cuti bersalin. Mereka bertiga akan berkongsi lagu-lagu raya kenangan mereka bertiga serta kisah kemeriahan raya dahulu yg pernah mereka kecapi serta ucapan untuk pendengar setia Suria. 

Nama Segmen:Team Pagi Suria Raya

Masa: 6 pagi – 10 pagi

Hos: Ajak, Issey & Fizi Ali

Penyampai Team Pagi Suria akan menghubungi artis popular seperti Siti Nordiana, Sarah Suhairi, Aina Abdul, Naim Daniel, Syamel, Afieq Shazwan Hazama, Wany Shaz, Ariff Bahran dan Nabila Razali untuk bertanyakan sambutan hari raya mereka. 

Nama Segmen: Gaya Suria

Masa: 10 pagi – 3 petang

Hos: Feeya Iskandar

Cik Piah akan menghubungi beberapa orang selebriti berhijab antaranya Fynn Jamal, Heliza Helmi, Muna Shahira bertanyakan tentang perbezaan sambutan raya tahun ini dan berkongsi duet lagu raya pilihan mereka. 

Nama Segmen: Suria Petang 

Tarikh: Raya Kedua & Ketiga

Masa: 3 petang – 7 malam

Hos: Tyzo / Rara

Penyampai Suria Petang akan menghubungi selebriti yang mempunyai kisah berhari raya di perantauan dan ada juga ucapan khas untuk WIRA YANG TAK DIDENDANG dari frontliner yang terpaksa bertugas demi keselamatan negara. Talian radio juga dibuka kepada pendengar untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya kepada kenalan jauh dan dekat. 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman www.suria.my juga di laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaMalaysia. Gunakan #KongsiKegembiraan #SuriaBersamaAnda untuk sebarang interaksi di laman sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inteam Lancar Persembahan Atas Talian

Watak Berat Atikah Suhaime Dalam Adaptasi Novel MEMOIR KARMILA