in

Suria FM Lancar Logo & Tema Lebih Ceria

PERLANCARAN SURIA FM TERBARU BERTEMAKAN CERIA

Suria FM kini tampil lebih ceria untuk menghiburkan para pendengar. Bertemakan ceria, tahun 2012 pasti menjanjikan elemen segar yang pastinya akan mengukuhkan kedudukan Suria FM. Selari dengan kehadiran dua penyampai terbaru Suria FM iaitu Nabil dan Kenchana Devi, tahun ceria 2012 menampilkan pelbagai pembaharuan yang lebih menarik.

Masih mengekalkan warna oren sebagai warna rasmi, sedikit perubahan telah dilakukan pada logo sebagai simbol penjenamaan semula Suria FM. Ciri-ciri yang lebih santai, muda dan menarik diterapkan pada logo baharu bertepatan dengan tema ceria Suria FM tahun ini. Namun, format Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru masih dikekalkan untuk citarasa pendengar setia Suria FM dan sekaligus menarik minat pendengar baru.

Suria FM berwajah baru

Dengan adanya perubahan dari segi penyampai, segmen, pengisian program serta penjenamaan semula, Suria FM tahun ini cuba menampilkan kelainan yang ternyata berbeza dengan stesen radio yang lain.

Pada jam 3 petang, bertempat di Red Box Plus Pavilion, majlis perlancaran Suria FM Terbaru telah diadakan dengan disaksikan oleh pihak media, artis-artis ternama tanahair serta penampilan khas daripada semua penyampai Suria FM seperti Halim Othman, Nabil, Kenchana Devi, Linda Onn, Myra, Zizi, Bob, Tyzo dan juga DJ Lin. Tidak dilupakan Suria FM Sabah juga turut berwajah baru bersempena penjenamaan semula Suria FM.

Diharapkan dengan penjenamaan semula Suria FM tahun ini, ia akan mengorak langkah untuk meletakkan dan meningkatkan kedudukan stesen ini ke tahap yang terbaik.

Di samping perlancaran yang akan diadakan, Suria FM telah mengatur pelbagai aktiviti ground event untuk mempromosikan jenama baru kami ini. Antara aktiviti yang terdekat ialah Suria Ceria-Oke Roadtour 2012 bersama artis Warner Music yang merupakan aktiviti berkaraoke untuk hiburan seisi keluarga.

Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai ini mewajibkan peserta untuk berduet dengan salah seorang ahli keluarga mereka untuk berkaraoke. Kami akan mengadakan road tour di Kompleks Metro Point Kajang pada 18 Februari ini, di Megamall Penang pada 19 Februari 2012, di Kuantan Parade pada 25 Februari 2012 dan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang pada 26 Februari 2012.

Antara artis Warner Music yang turut memeriahkan acara ini ialah Awi Rafael, Fiq, Wana, Awanband, Filsut dan kumpulan Taxi. Selain Suria Ceria-Oke Roadtour 2012 bersama artis Warner Music, Suria FM juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik serta pelbagai promosi hebat yang lain selari dengan konsep ceria tahun ini untuk menghargai para pendengar setia.

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Suria FM berwajah baru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Terbaru Atas Nama Cinta

Gambar Shila Amzah di Sidang Media Program MANIA