in ,

Bagusnya! Suria Edarkan 300 Beg Sekolah

Sempena hari persekolahan yang bermula pada 2 Januari lepas, SURIA telah mengedarkan 300 beg sekolah kepada murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar melalui program Team Pagi Suria Kembali ke Sekolah.

Program Team Pagi Suria Kembali ke Sekolah ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) SURIA yang pertama kali diadakan pada tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak yang memasuki darjah satu. 

Program ini melibatkan penyampai Team Pagi Suria iaitu Shahrol Shiro, Issey dan Fizi Ali. Kehadiran dan gelagat trio SURIA ini mendapat perhatian ibu bapa dan murid-murid yang hadir sebelum sesi sekolah bermula. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi soal jawab, Si Cilik Cerdik, Spelling Bee, menyanyi dan banyak lagi. 

Suria Edarkan 300 Beg Sekolah

Suria Edarkan 300 Beg Sekolah Kepada Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Bangsar

Turut hadir ketika sesi penyerahan beg sekolah tersebut adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat (YB) Fahmi Fadzil dan Pengerusi Kumpulan Radio Star Media, Dato’ Aminuddin Rouse. 

“SK Bangsar dipilih untuk program ini setelah SURIA meneliti senarai sekolahyang mempunyai murid-murid yang terdiri daripada golongan Asnaf dan atas khidmat nasihat daripada Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM),” kata Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Pengurus Kanan Program Suria. 

Menurut DJ Lin lagi, SURIA juga dalam perancangan meneruskan aktiviti-aktiviti seumpama ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan di skala yang lebih besar bukan hanya bertumpu kepada persediaan sebelum sekolah dibuka sahaja. 

Program Team Pagi Suria Kembali ke Sekolah ini bukan sahaja mendapat tajaan beg sekolah daripada MYDIN, malah turut mendapat tajaan trak makanan iaitu nasi lemak dan air kopi Kanchong Darat by Kopiesatudan jus buahan-buahan daripada Munira Drinks untuk diberikan kepada ibu bapa yang hadir untuk menghantar anak mereka pada hari tersebut. 

Layari laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter @SuriaFMMalaysia untuk maklumat lanjut. 

Suria Edarkan 300 Beg Sekolah
Suria Edarkan 300 Beg Sekolah
Suria Edarkan 300 Beg Sekolah
Suria Edarkan 300 Beg Sekolah
Suria Edarkan 300 Beg Sekolah
Suria Edarkan 300 Beg Sekolah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JAMES MOMOA

Pengalaman Budiey Bertemu Dengan Pelakon Filem AQUAMAN di Manila

Daniel Fong Lancar Single SING ME HOME