in ,

Supermodel Kim Alexis dalam She’s Got The Look di ntv7

NTV7 MEMPERKENALKAN DUA TARUHAN BARU OKTOBER INI

Malam sabtu anda pastinya tidak akan sama lagi dengan bersiarannya rancangan baru di Saluran Ceria Anda, Oktober ini! Pencarian bintang baru: wanita berumur 35 tahun dan ke atas yang sofistikated, anggun serta berkeyakinan tinggi bermula, dengan tampilnya She’s Got The Look di ntv7, setiap Sabtu, 10.45 malam hingga 11.45 malam, mulai 11 Oktober 2008.

Sebuah panel juri yang tegas dan sukar ditembusi menjelajah serata negeri dalam pencarian model matang terbaik mereka. She’s Got The Look mengumpul sepuluh jelitawan dari serata Amerika Syarikat di dalam sebuah siri realiti yang menjanjikan kontrak lumayan bersama agensi peragaan terkenal Wilhelmina Models dan kerjasama bersama majalah fesyen terulung di Amerika Syarikat, Self.

Menambahkan kehangatan pada siri realiti ini ialah sementara pertandingan ini membawakan peserta dari kaum etnik dan latar belakang sosio-ekonomi yang beraneka, penonton turut berpeluang menyaksikan bagaimana penglibatan mereka dalam bidang peragaan dapat membantu mereka mengatasi isu permasalahan dalam kehidupan masing-masing.  

Dihoskan oleh supermodel Kim Alexis, She’s Got The Look menegaskan bahawa mesej tersurat yang ingin ditampilkan sepanjang siri ini ialah, ianya bukan sesuatu keajaiban atau suatu perkara mustahil bagi seorang wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas untuk kekal muda, ramping dan anggun menawan. 

Pastinya, penonton akan terpesona dengan sepuluh wanita anggun berumur ini iaitu Kathy, 39, dari Georgia, Sharon, 63, dari Baldwin Hills, Paula Thomas, 37, dari California,  Roxanne, 40, dari Las Vegas,  Melissa, 38, dari Los Angeles, Hope, 35, dari New York City, Celeste Johnson, 51, dari Chicago, Bahia Hyfe, 37, dari Beverly Hills, Karin, 40, dari Los Angeles dan Tanya Hutchison, 45, dari Orange County apabila mereka membuktikan yang mereka sememangnya layak untuk bergelar juara!

She’s Got The Look memberi peluang tak ternilai kepada jelitawan ini yang tidak mungkin dapat digapai dengan sendirinya di samping membawa mereka ke alam baru dan pengalaman penuh bermakna. Intai secara dekat ke dalam dunia fesyen bersama peserta ini serta barisan juri hebat termasuklah supermodel Beverly Johnson, model pertama kacukan Afrika – Amerika yang berjaya tampil sebagai kulit majalah American Vogue, jurugaya selebriti Robert Verdi dan Pengerusi Wilhelmina iaitu Sean Petterson.

Seterusnya, dapatkan aksi empat ikon perniagaan berpengaruh iaitu James Walker (Michael Vartan), Duncan Collinsworth (Dylan McDermott), Karl Mixworthy (Joshua Malina) and Brody Johns (Christopher Titus) dalam kehidupan mereka yang serba glamor dan kompleks dalam Big Shots, setiap Sabtu, 9.45 malam hingga 10.45 malam, di ntv7, mulai 25 Oktober 2008.

Temui James Walker, ketua atau penasihat kumpulan, yang terpaksa mengharungi pelbagai situasi runcing setelah Industri AmeriMart berhadapan pergolakan korporat. Lebih merisaukan, hidupnya bertambah kucar kacir setelah dia berjaya mencungkil sebuah rahsia terpendam mengenai isteri kesayangannya. 

Di samping itu, berkenalanlah dengan Brody Johns, naib pengerusi senior di Alpha Crisis Management. Walaupun berdiri teguh di sebalik kerjayanya, Brody sentiasa keliru dengan sikap isterinya yang pantang ditegur dan keras kepala. Lebih mengeruhkan keadaan, isterinya gemar menilainya dari aspek kemewahan seperti bagaimana Brody akan menganjurkan parti hari jadi impiannya. 

Turut menyertai angkatan ‘suami terdesak’ ini ialah Karl Mixworthy, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat farmateusikal. Karl mempunyai seorang isteri yang amat penyayang namun terperangkap dalam sebuah perhubungan sulit dengan seorang wanita anggun yang menyimpan niat jahat terhadap Karl. 

Juga, temuilah Duncan Collinsworth, Ketua Pegawai Eksekutif Reveal Kosmetik yang tegap dan tampan namun terpaksa berdepan dengan gosip tempat kerjanya yang mula memberikan impak negatif terhadap kariernya.  

Antara golongan hawa yang muncul dalam kehidupan empat sahabat sejati yang bergelar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat masing-masing ini adalah Lisbeth (Paige Turco), bekas isteri Duncan; Cameron Collinsworth (Peyton List), anak gadis Duncan yang berumur 19 tahun; Marla (Jessica Collins), perempuan simpanan Karl yang juga pengikis; Wendy (Amy Sloan), isteri Karl yang taat dan setia ; serta Katie Graham (Nia Long), ‘isteri pejabat’ James.

Ciptaan John Harmon Feldman, Big Shots mempelawa penonton untuk sama-sama membongkar kehidupan sedih dan ketidakpuasan hati empat lelaki tampan ini termasuklah perkahwinan yang menemui titik kehancuran, isteri yang berlagak seperti permaisuri, perempuan simpanan , politik pejabat dan banyak lagi.

Jadi, jangan lupa untuk tandakan Kalendar anda pada hari-hari Sabtu mendatang untuk layari bersama kami dengan She’s Got The Look, setiap Sabtu, 10.45 malam – 11.45 malam, mulai 11 Oktober 2008 dan Big Shots, setiap Sabtu, 9.45 malam – 10.45 malam, bermula 25 Oktober 2008.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAUZIAH LATIF, ROSYAM NOR DAN WAN MAIMUNAH DALAM DRAMA KUDRAT IMAN

Gambar Intim Rosyam Nor Dengan Fauziah Latif