Sunday Nite Live Ulangtahun ke 21 Wings @ Planet Hollywood

WINGS

ULANGTAHUN KE- 21!

Penampilan Istimewa: Sham, Jojet, Mel, Mus, Hattan, Ito, Hillary dan Kit

18 & 25 Mei 2008, 10.30 Malam

Siri Sunday Nite Live 2008 dengan bangganya mempersembahkan anda kumpulan rock gergasi tersohor tanah air; WINGS pada 18 & 25 Mei 2008 ini, di pentas utama Planet Hollywood, Kuala Lumpur.


 
Persembahan yang diadakan eksklusif bagi meraikan sambutan ulangtahun kumpulan legenda ini yang ke-21 tahun dan ia akan bermula pada pukul 10.30 malam. Ini merupakan peluang terbaik buat peminat-peminat rock sejati di luar sana yang begitu merindui akan kemunculan kumpulan rock gergasi tanahair ini dan mereka menjanjikan untuk memberi hanya yang terbaik sahaja pada kedua-dua malam istimewa tersebut!!

WINGS yang di anggotai oleh Awie (vokal), Joe (gitar utama), Eddie (gitar bass) dan Black (drum) ini akan mempersembahkan lagu-lagu terbaik mereka seperti Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati dan banyak lagi lagu-lagu evergreen mereka yang lain di mana kebanyakan darinya masih lagi menjadi siulan segenap lapisan masyarakat.

Jangan lepaskan peluang anda untuk bersama menyaksikan kehebatan WINGS ini kembali mengegarkan Planet Hollywood di dalam sambutan yang penuh bersejarah ini nanti! Jumpa anda di sana !

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan Sunday Nite Live bersama WINGS ini ialah RM50, termasuk satu minuman percuma.
 
Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

[tags]anniversary, ulangtahun, wings, Sham, Jojet, Mel, Mus, Hattan, Ito, Hillary, Kit, academic, cc, class, cyber cafe, food republic, basket, bisnes, bsn, cash, cheque, deposit, diversification, diversify, downing street, duit, egg, Idea, kaya, maybank, money, bill payment, online, borzack, nuffnang, penang, public mutual, sijil simpanan premium, skim, sspn, tipu, yong peng, host my blog, international airport, klia, pavilion, photo, pwtc, samsung lcd, screenshot, sepang, syamsulariff, upnm, url forwarder, vangardx, Sunday Nite Live, lagu rock, wings, band rock, Planet Hollywood, mp3, download, lagu lama, Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Ressa Herlambang @ Lim Kok Wing University Cyberjaya

Gaya Selebriti di Anugerah Planet Muzik 2008