in , ,

SUKE TV & iQIYI Sajikan Rancangan Tempatan Buat Penonton Antarabangsa 

Rangkaian siaran tempatan, SUKE TV, telah menjalinkan kerjasama bersama iQIYI, sebuah penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian, untuk menyiarkan kandungan SUKE TV secara eksklusif di platform iQIYI.

Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian hari ini telah disempurnakan oleh Dato’ AC Mizal, pengerusi SUKE TV; Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei; Datin Emylia Rosnaida, Pengarah SUKE TV; selebriti-selebriti tempatan; dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli-ahli media.

Majlis tersebut telah menyaksikan kedua-dua pihak berkolaborasi untuk menyiarkan program-program SUKE TV di platform iQIYI untuk penonton di Malaysia dan Singapura. Melalui kerjasama ini, SUKE TV akan menjadi satu-satunya saluran TV di Malaysia dengan tab khusus di platform iQIYI. Penstriman tersebut akan tersedia secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI.

Dato_ AC Mizal,  Chairman of SUKE TV and Dinesh Ratnam, iQIYI Country Manager for Malaysia, Singapore and Brunei at the signing ceremony event 3

Antara kandungan terbitan SUKE TV yang boleh distrim di platform iQIYI termasuk rancangan drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, DurianKimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Sapa Tu?, Listen Up, dan Odah Billionaire. 

Perjanjian ini akan bakal membantu SUKE TV untuk terus mengukuhkan kedudukannya di Singapura, dengan menjangkau  capaian penonton yang lebih luas dan ini sekaligus akan memperkembangkan popularitinya merentasi sempadan.

“SUKE TV sangat berbangga dengan perkongsian ini dan juga dengan prospek perkembangan di luar Malaysia melalui perjanjian ini. Kerjasama ini telah terjalin pada masa yang tepat, dengan pertumbuhan perkhidmatan penyiaran selepas pandemik yang menghasilkan kepelbagaian kandungan merentas pelbagai genre. Saya yakin melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menggunakan teknologi dan kepakaran mereka untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan lebih menarik untuk penonton. Ini adalah permulaan era baharu untuk SUKE TV, dan kami berharap untuk terus membangun dan mempelbagaikan tawaran kandungan kami dengan iQIYI,” kata Dato’ AC Mizal, pengerusi SUKE TV. 

“Perkongsian eksklusif dengan SUKE TV ini mengukuhkan lagi matlamat bersama kedua-dua pihak untuk menyediakan kandungan tempatan yang berkualiti tinggi serta mempamerkan hiburan Malaysia terbaik kepada penontonnya. iQIYI sangat teruja untuk bekerjasama dengan SUKE TV, dan kami nantikan kandungan terkini dan menarik yang akan dibawa melalui jalinan ini ke platform iQIYI,” kata Dinesh Ratnam, Pengurus Besar iQIYI Malaysia, Singapura dan Brunei. 

Dato_ AC Mizal,  Chairman of SUKE TV and Dinesh Ratnam, iQIYI Country Manager for Malaysia, Singapore and Brunei at the signing ceremony event 2

SUKE TV telah menarik perhatian dunia hiburan tempatan sejak bersiaran secara rasminya pada April awal tahun ini. Dengan pelbagai kandungan inovatif merentas pelbagai genre, rangkaian itu terus menarik penonton dari seluruh negara dengan barisan kandungan mesra keluarga yang terdiri daripada komedi, drama dan banyak lagi. 

iQIYI ialah aplikasi penstriman video #1 paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 dengan lebih 10 juta muat turun. Ia juga merupakan perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kali ganda dalam tempoh dua tahun. Platform ini menyediakan pelbagai siri drama premium, filem, rancangan variasi dan anime dengan bahasa tempatan dan juga sari kata kepada penonton merentasi 191 negara. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Originals Murder By Moonlight, A Gateway To Die For

Datuk Sheila Majid Dendang Lagu Tema Filem Juang, Wira Hatiku