in , ,

Sugu Pavithra Padam atau Setkan Video di YouTube Sebagai Private?

Pasangan Youtuber yang mencipta sensasi menerusi saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra, bertindak memadam semua video dihasilkan mereka selama ini. Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, pasangan S Pavithra, 28 dan suaminya, M Sugu, 28, berkongsi 98 video yang meraih lebih 34 juta tontonan.

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan kes mengenai pasangan YouTuber masakan popular apabila suaminya, M. Sugu didakwa mencederakan isterinya, S. Pavithra ternyata mengejutkan rakyat Malaysia. Kebanyakan video pasangan itu berkaitan demonstrasi masakan dilakukan oleh Pavithra membabitkan pelbagai menu masyarakat India dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar.

Pasangan itu dianggap Youtuber sensasi di negara ini, apabila dalam tempoh yang singkat mereka menarik sehingga 786,000 pengikut dari dalam dan luar negara.

Malah, usaha pasangan itu pernah mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menghantar hadiah kepada mereka.

Pasangan itu juga dijemput bertemu dan menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, semalam Pavithra telah menarik balik laporan polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu.

Sugu Pavithra Padam atau Setkan Semua Video Di YouTube Sebagai Private?

Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja.

Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan.

Tidak dapat dipastikan punca di sebalik tindakan drastik tersebut, bagaimanapun setakat ini masih tiada kenyataan daripada pasangan itu.

Rata-rata netizen akur dengan keputusan yang dibuat oleh suami isteri itu. Menurut mereka, Sugu dan Pavithra memerlukan ruang dan masa untuk memperbaiki hubungan mereka semula. Doa dan ucapan supaya pasangan tersebut berada dalam keadaan baik turut diungkap oleh netizen.

Terdahulu, Sugu dan Pavithra menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah atau gelaran ikon dan hanya mahu memberi fokus kepada program masakan kendalian mereka di saluran YouTube Sugu Pavithra.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu SEMBAH Naim Daniel Inspirasi Kolaborasi Michael Jackson & Carlos Santana

Fesyen Unik Ernie Zakri dalam Video Muzik BONEKA Curi Tumpuan